Analisa iris telah wujud sejak zaman purba. Rekod-rekod telah menunjukkan wujudnya suatu bentuk pentafsiran iris di negeri China sejak tahun S.M.1000. Tetapi iridology dalam makna yang diterima sekarang diasaskan oleh Philippi Meyers pada tahun 1600 an. Dr Ignatz von Peczely dari Hungary dan Nils Lijequist dari Sweden menemui Iridology secara berasingan dan serentak.
Penemuan Peczely bermula dari pemerhatian beliau pada tanda yang ketara di iris seekor burung hantu yang tercedera. Lijequist pula menemui Iridology apabila beliau mendapati pengumpulan ubat kimia meninggalkan tanda-tanda di iris. Kedua-dua orang ini menghasilkan carta iris yang hampir serupa. Teori dan pengamalan Iridology pertama kali ditulis oleh Peczely pada tahun 1880. Perkembangan seterusnya berlaku di Jerman.
Pada awal 1900 an, Iridology mula berkembang ke Amerika Utara, di mana Dr Bernard Jensen telah menghasilkan Carta Iris Jensen yang kini digunakan oleh pengamal Iridology seluruh dunia.
Dr Jensen, seorang pakar pemakanan, telah menulis banyak buku-buku berkenaan dengan sains pemulihan semulajadi, dan telah bekerjasama dengan seramai 300,000 pesakit, pelajar dan ahli perubatan professional untuk membuktikan kebenaran dan ketepatan Iridology dalam mengenalpasti kelemahan-kelemahan kronik tubuh badan manusia.
Sejak 1900 an, analisa iris semakin popular di kalangan pengamal penjagaan kesihatan. Kajian-kajian telah diterbitkan di Jerman, Sweden, Norway, England, Perancis, Amerika Syarikat, Rusia, Jepun, Kanada dan banyak tempat lagi, dan Iridology kini diamalkan di seluruh dunia. Di Jerman, 80% pengamal penjagaan kesihatan mengamalkan Iridology.
Kajian perubatan di beberapa negara Eropah dan Rusia khasnya telah meningkatkan penerimaan Iridology. Di Rusia, satu percubaan melibatkan 800,000 pesakit mendapati Iridology adalah 85% tepat. Di Korea, percubaan klinik oleh kerajaan Korea mendapati secara puratanya Iridology adalah 78.2% tepat, malahan dengan ketepatan 90.2% untuk diagnosis masalah sistem penghadaman. Secara perbandingan, perubatan ortodoks menerima ketepatan teknik diagnosis yang lain sekiranya ianya tepat dalam lingkungan 30% - 40%
Organisasi Iridology yang terkemuka adalah:
- The International Association of Iridologists
- The Bastyr Naturopathic College, Seattle, Washington
- Malaysian Iridology Practitioners' Association (MIPA)
- http://highimpact.my/public/apps/page/index.php?id=S1-838252208
- http://holistikmalaysia.blogspot.com/2013/12/utama-pengenalan-ppkhm_9.html?view=classic