Kesihatan adalah satu aspek utama dalam kesejahteraan dan kemakmuran sesuatu masyarakat atau negara. Tanpa kesihatan yang baik, semua bidang lain akan terbantut. Oleh sebab itu, kesihatan adalah antara kayu ukur utama dalam kemajuan negara.
Tanpa budaya dan kesedaran yang baik, ia tidak akan dapat membendung peningkatan masalah kesihatan dalam negara. Menurut kajian yang dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia, hanya 6.6% sahaja rakyat Malaysia yang celik kesihatan pada tahap yang baik. Kajian tersebut mengambil kira pengetahuan tentang gaya pemakanan sihat termasuk pengambilan kalori, jumlah hidangan dan pengambilan lemak.
Masyarakat yang sihat kurang terdedah kepada penyakit terutamanya penyakit-penyakit kronik seperti sakit jantung, diabetes dan strok yang merupakan beban utama negara dalam bidang kesihatan. Akhirnya, bilangan pesakit akan menurun dan banyak kos rawatan dapat dikurangkan. Kualiti hidup dan produktiviti juga akan meningkat.
Ia terbukti apabila 80 peratus daripada 2.4 juta penerima baucar melalui Program Saringan Kesihatan Percuma Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tidak menggunakan kemudahan berkenaan bagi pemeriksaan kesihatan dari tahun 2013 hingga 1 Jun 2016.
Kesedaran dalam kalangan pencarum akan kepentingan pemeriksaan kesihatan amat rendah, mereka mengamalkan trend bila sakit baru jumpa doktor. Pendekatan itu tidak betul dan perlu diubah
Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2015 merumuskan antara penyakit tidak berjangkit yang meningkat setiap tahun dalam kalangan penduduk negara ini adalah diabetes, hipertensi (darah tinggi), paras kolesterol tinggi dan obesiti.
Laporan Nov 2017 Kementerian Kesihatan menganggarkan 3.6 juta rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas kini menghidap diabetes, separuh daripada jumlah itu atau kira-kira 1.8 juta belum didiagnos dan tidak pernah menjalani saringan kesihatan, lalu tidak menyedari kehadiran penyakit itu.
Laporan akhbar 2015
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata kira-kira 1.78 juta penghidap diabetes di Malaysia adalah kalangan wanita.
“Kementerian Kesihatan komited dalam memberikan akses penjagaan dan pengetahuan yang cukup supaya golongan wanita mampu mengawal penyakit itu,” katanya.
Apakah langkak-langkah kesihatan dan pemakan yang perlu kita dilakukan
Like fb.com/kakchahjelita
Sumber rujukan