Kekuatan ketamadunan Melayu dahulukala adalah berasaskan amalan perdagangan dengan membuka pelabuhan dan telah dikunjungi oleh pelbagai bangsa di dunia, berdagang dengan mereka disamping mereka sendiri menjadi pelaut yang handal berdagang segingga ke Yaman dan China untuk menjual dan membeli barang-barang keperluan yang ada dengan mereka.
“Lima kurun dahulu, Melaka dikunjungi 2,000 kapal sehari iaitu sesibuk pelabuhan Singapura moden kini, yang menjadikannya satu daripada tiga pelabuhan yang tersibuk di dunia …
Di situ terdapat orang-orang Gujerat, Tamil,Bengali daripada India berniaga dengan orang Melayu, Cina dan Arab secara harmonis; bandar raya dengan 100,000 penghuni, 84 bahasa dituturkan di pasar.
Oleh penulis Simon Elegant, Far Eastern Economic Review (IO Jun, 1999:45)
"Tiada pelabuhan yang sebesar Melaka diketahui dan tiada yang berdagang barangan yang secantik dan semahal itu.”
(Suma Oriental of Tome Pires, Armando Cortesao, 1944:286).
Orang Melayu menjadi hebat pada zaman kegemilangan mereka adalah kerana kehebatan mereka berniaga dan berdagang sehingga kerajaan mereka memilik pelabuhan paling besar dalam sejarah dunia!
Orang Melayu pada zaman ini mesti kembali menguasai dunia seperti nenek moyang mereka, janganlah ditinggalkan 4 jati diri Melayu iaitu Toleransi, Ekonomi, Teknologi dan Agama. Hilang salah satu daripada tiang kekuatan Melayu, maka hilanglah kegemilangannya.