As salam semua dan selamat sejahtera, alhamdulillah kita semua masih diberi peluang Allah untuk memperbaiki diri sendiri dan menambahkan ilmu dan kebajikan kepada semua makhluk seterusnya diberi kesempatan Allah untuk beribadat kepadanya semata-mata dan takut akan azabnya di akhirat nanti.
Hidup sebagai hamba Allah di dunia ini hanyalah semata-mata untuk beribadat dan beringat tentang kekuasaan Allah yang Maha dasyat dan Maha hebat. Beramal dan berbuat baik hendaklah wajid semata-mata kerana Allah bukan disebabkan oleh manusia atau sesuatu perkara yang lain
Di zaman yang kita rasa seperti serba canggih ini tiada memudaratkan kepada sesiapa pun dengan izin Allah maka tidaklah seharusnya kita sebagai hamba punyai sifat-sifat tercela yang di laknati Allah di dunia dan akhirat nanti kelak akan merugikan kita sendiri jika tidak di dunia maka tempat yang kekal selamanya kita akan menangung penyesalan yang tiada penghujungnya.
Apakah sfat-sifat tercela tersebut yang tidak seharusnya ada dalam hati dan benak fikiran manusia sebagai hamba Allah.
1. Riak
2. Ujub
3. Takbur
Sebagai hambah Allah manusia biasa seperti kita tidak terlepas melakukan kesilapan dan kesalahan dan dengan andanya bimbingan ulama dan kitab Al-quran dan hadis manusia dipandu agar memperbaiki kesilapan dan kesalahan
Rasulullah s.a.w lahir kedunia membawa risalah Allah untuk disampaikan kepada manusia agar tidak lalai dalam urusan seharian. Perbanyakanlah berdoa, beristigfar, bersedekah dan mengingati Allah dalam urusan kita selagi hayat di kandung badan.