Vitamin A
Ia juga dikenali sebagai Retinol. Vitamin A ianya larut lemak, dan ianya disimpan dalam badan sekiranya diambil secara berlebihan. Dalam kes yang teruk, kemungkinan berlaku rabun penglihatan, tekanan tinggi dalam otak, dan keguguran rambut.
Keperluan pada tubuh badan kita:
1. Tumbesaran kanak-kanak yang sempurna,
2. Penglihatan yang baik (mencegah dan kadang-kala memulihkan rabun malam) untuk kanak-kanak dan orang dewasa.
3. Kulit yang sihat
4. Lapisan selaput mukosa didalam tubuh.
Kekurangan Vitamin A boleh menyebabkan :
1. Penurunan daya tahan kepada jangkitan;
3. Masalah penghadaman;
4. Batu karang (ginjal);
5. Rabun malam
6. Penyakit mata, termasuk xerophthalamia dan mata kering yang boleh menyebabkan buta.
Sumber Vitamin A yang baik adalah :
1. Hati, telur
2. Marjerin
3. Susu penuh krim dan susu rendah lemak
4. Beta Carotene dari makanan (terdapat banyak pada labu, lobak, aprikot, mangga, betik dan sayur yang berwarna kuning/oren dan merah serta dalam sayuran daun hijau seperti bayam, sawi, lobak putih dan ubi bit merah) yang akan ditukar kepada Vitamin A oleh tubuh kita.
Walaupun kekurangan jarang berlaku di negara maju namun ramai orang di negara-negara membangun tidak mendapat cukup vitamin A.
Mereka yang mengalami risiko kekurangan paling tinggi adalah wanita hamil, ibu menyusu, bayi dan anak-anak. Fibrosis kistik dan cirit-birit kronik juga boleh meningkatkan risiko kekurangan vitamin tersebut.
Kanak-kanak di India, Afrika dan Asia Tenggara yang mempunyai diet kurang vitamin A paling berisiko kepada masalah mata kering. Makanan tambahan dengan vitamin A boleh memperbaiki keadaan ini.
Satu kajian mendapati dengan dos tinggi vitamin A ianya menurunkan masaalah mata kering sebanyak 63% di kalangan bayi dan kanak-kanak dengan mengamalkan makanan tambahan selama 16 bulan.
Sumber rujukan