As salam semua, selamat berpuasa dan menjalankan ibadah yang sangat di tuntut semoga puasa kita semua diterima Allah hendaknya.
Sempena bulan mulia ini dan akan datangnya Syawal untuk sama-sama menyambutnya selepas kita semua berpuasa selama sebulan, maka ramailah wanita-wanita dan sesiapa sahaja mula bersiap sedia untuk menyambutnya dengan berbagai-bagai cara. Persediaan pertama semestinya menjaga penampilan diri sendiri di musim-musim perayaan di iringi rasa ceria dan gembira.
MADU BOLEH MEREMAJAKAN KULIT DAN AWET MUDA
Madu mengandungi unsur2 makanan yang penting, iaitu unsur (iodin) berupa bahan yang wajib untuk menyediakan hormon bagi kalenjar Ad-Daraqiyyah (perisai kulit), juga unsur (zinc) dan unsur-unsur yang dapat membantu untuk pembentukan bahan pembunuh kuman penyakit dalam kalenjar kemaluan bagi lelaki : iaitu sebagaimana juga dia berfaedah dalam mengubati penyakit2 (limpa) dan penyakit kencing manis.
Madu juga menolong untuk menyekat radang paru2 dan berguna dalam mengubati melecur (sebab terbakar) dan luka-luka (dengan cara menyapunya ke tempat sakit).Kajian terbaru, di dapati madu merupakan satu-satunya ubat penyembuh hampir bagi seluruh penyakit manusia terutama penyakit dalam perut, sakit dalam dada (sengkak, lelah, batuk, lemah jantung), darah tinggi, barah, lupa, sakit urat, selsema, kurang tenaga, penyakit mata, sakit gigi, luka, bengkak, penghilang bekas jerawat, parut luka, penyeri kulit, untuk perampingan dan kesegaran (terutama dimasa menua) dan sebagainya.
Berdasarkan kenyataan ini, alangkah baiknya bagi sesebuah rumahtangga Islam selalu menyimpan dan menggunakan madu2 asli utk keperluan membina kesihatan dan kesuburan tubuh, menahan dari serangan penyakit dan dapat pula mengubati berbagai penyakit yang berhubung dengan mental (utk tenaga ingatan ) dan fizikal, apalagi bila disertai dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
dipetik dari buku ……Ubat dan Rawatan cara Nabi s.a.w….Tariq Tantawi.
Alangkah ruginya manusia apabila telah diturunkan segala yang terbaik dari surga tetapi tidak diamalkan dan di biarkan berlalu begitu saja tanpa rasa itulah satu perkara dan makanan yang diberkati Allah. Berdasarkan beberapa hadis sahih yang disampaikan kepada kita umat kemudian
Hadis Sahih Bukhari Jilid 4. Hadis Nombor 1664.
Dari 'Aisyah r.a., Nabi saw. amat gemar pada makanan yang manis-manis dan madu.
Kajian khasiat madu secara ilmiah juga telah diteliti oleh ilmuwan Muslim terkemuka di era keemasan Islam beliau adalah Ibnu Sina (890-1037). Bapa kedokteran dunia dan pemikir Muslim agung di abad ke-10 M itu tercatata sebagai dokter yang mengulas mengenai khasiat madu dari segi kesehatan dan dunia kedoktoran.
Selama hidupnya Ibnu Sina banyak mengamalkan madu sehinggakan awet muda dan berumur panjang. Menurut Ibnu Sina, madu dapat menyembuhkan berbagai penyakit dari yang ringan sampai yang berat, seperti tekanan darah tinggi dan jantung. Madu juga dapat menurunkan suhu badan serta mengatur rembesan tubuh hingga dapat menghilangkan demam.
Penemuan saintifik tentang khasiat madu dapat disimpulkan seperti dibawah:
1. Antara sumber tenaga asli bagi tubuh yang terbaik
2. Mampu menyembuhkan ulser dan luka dengan lebih cepat dan berkesan
3. Boleh merawat penyakit mata
4. Memutih dan menguatkan gigi.
Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam. Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.
Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China.
Doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.
Berikut cara memanfaatkan madu untuk kecantikan hanya dalam 5 hari. TERDAPAT 4 cara traditional daripada bahan yang mudah anda dapatkan
1. Madu dengan betik
Kombinasi madu dengan betik dapat membantu menyembunyikan kerutan pada wajah Anda. Campurkan madu dengan betik hingga menjadi adonan campuran. Sapukan terus pada wajah anda secara merata. Biarkan sehingga 15 menit, kemudian bersihkan.
Cara 2 dan seterusnya akan disambung pada post akan datang antaranya
Scrub - membuang kulit mati
Mencerahkan kulit
Membersih dan mencuci wajah
Semoga bermanfaat kepada semua pembaca blog kakchah
Untuk pembelian dengan diskaun 15% produk-produk anda boleh daftar sebagai ahli
Klik link http://wasap.my/60192830717
Daftar dan beli online