Dari Kuala Kedah kami naik feri pagi ke Langkawi.
|
Sebaik sahaja sampai kami disambut dengan pemandangan menarik sekitar jeti yang sentiasa berangin kuat. Nun di Dataran Lang, Si Helang bersedia melebarkan sayap untuk terbang. namun, Si Helang itu tidak pernah pun terbang ke mana-mana semenjak ia diletak di situ.
|
|
Di sebelah Jeti Kuah, kami ke jeti kecil di sebelahnya. Jeti Marble namanya. Dari situ kami ambil bot laju untuk ke Pulau Tuba. Bot ini standardnya boleh dinaiki oleh 12 orang dewasa. Sekarang ini bot ke Pulau Tuba sudah menggunakan enjin pacuan bagi melawan arus dan gelombang. Suatu ketika dahulu, orang-orang Pulau Tuba hanya bergantung pada perahu berenjin kecil yang keadaannya sangat mencemaskan jika alun laut kuat. dan semasa itu, jangan haraplah jaket keselamatan atau seumpamanya. |
|
Inilah keadaan dalam bot yang membawa kami ke Pulau Tuba. Tambang biasa bagi dewasa RM5. Kanak-kanak dikenakan separuh bayaran. Namun, bagi kami yang malas menunggu lama, kami bayar sahaja RM50. Kalau nak tunggu, mungkin tiga empat jam lagi baru ada orang nak ke Pulau Tuba. Bayaran biasa RM60 satu bot. Orang bot tu sendiri bagi diskaun sebab kami nak ke rumah saudara sendiri di Pulau Tuba tu. Orang-orang Langkawi ni memang begitu kalau kita ada kena-mengena dengan mereka. Kebanyakan mereka berbesar hati dengan tetamu. |
|
dah sampai di jeti Pulau Tuba. Kami menunggu adik saya datang ambil. Perkhidmatan van juga disediakan untuk pelancong ke tempat yang mahu dituju. Bayarannya cuma RM10 bagi sekali perjalanan. kalau nak pusing-pusing Pulau, bolehlah berbincang dengan tuan van. Mereka di sini peramah belaka. |
|
pemandangan pantai ketika air laut surut. bot nelayan tersadai |
|
padang ragut dan berkubang kerbau pulau |
Petang itu saya dibawa meninjau-ninjau sebahagian daripada Pulau Tuba. Mula-mula adik saya yang bawa dengan keretanya. Kemudian, saya dan suami naik motorsikal adik. Di Pulau ini ada chalet, rumah tumpangan dan motel disediakan untuk pelancong. Esok sambung lawat pulau lagi.
|
pemandangan biasa 'polis traffic' melintas. Kat sini tak boleh pandu laju. |
Setelah sampai di rumah adik saya, anak-anak saya dibawa pusing-pusing pulau. saya dan suami juga ambil kesempatan melihat-lihat kawasan di Pulau ini. Di Sekitar Pulau ini terdapat beberapa pengkalan nelayan.
|
di hujung titi sana adalah pengkalan nelayan. malam tu suami dan anak sulung
saya memancing di sini saja. dapatlah ikan dan dibuat gulai oleh adik ipar saya buat bekalan
ke perkelahan ke Pulau Beras Basah esoknya.
Oh ya, saya nak ceritakan pengalaman ketika berdiri di jeti ni. Kami dengar bunyi
semacam semboyan berdengung-dengung. lagi kuat angin, lagi kuat bunyinya.
Saya tanyakan kepada adik ipar saya... itu bunyi yang terhasil daripada geseran angin dengan
palang besi kiri kanan jeti. Kalau kuat bunyinya, beerti, angin kuat dan alunan ombak tinggi di laut.
itu merupakan petunjuk kepada nelayan yang mahu ke laut. |
|
si bapa membantu anak kecil tarik bot ke tepi. hihihih |
|
Ini pula jeti di sebelah lain pula. jeti ini memanjang ke tengah laut. jauhnya mungkin dua kilometer. kami naik motorsikal ke tengah laut. Nun jauh di hujung ada lagi jambatannya. jeti ni terletak di hadapan sebuah chalet. banyak juga kemudahan chalet di Pulau Tuba ini. bagi sesiapa yang mahu menginap di Pulau Tuba, bolehlah saya cadangkan alternatif penginapan di sini. harganya saya tak tahu sebab saya menginap percuma di rumah adik sendiri. |
|
inilah motorsikal yang kami guna nak ke tengah jambatan/ titi. Kami berada hampir dua Kilometer dari darat. Nun jauh di daratan sanalah terdapat kemudahan penginapan bagi pelancong. kemudahan lain adalah seperti kedai makan, pusat rawatan tradisional dan juga kemudahan bank bagi urusan membayar bil |
Selepas ini kami akan bertolak ke Pulau Beras Basah dan Pulau Dayang Bunting. Ok sambungan kisah cuti... Jumpa lagi!