HARI 3 BERCUTI
Dengan menggunakan bot adik ipar kepada adik saya, kami akan dibawa pusing-pusing sebahagian pulau yang ada di Pulau Langkawi. Adik saya (tauke kedai dan tauke minyak Pulau Tuba heheeeh)... sanggup tutup kedai demi melayan kakak kesayangannya ini (ye ke sayang?). hehehehe
inilah pemandangan sebelum bertolak. yang pakai spect itam itulah yang menyumbangkan minyak bot untuk keperluan pusing-pusing pulau. Hari ini bos cuti, kedai tutup. Bisnes stop sekejap yek! |
salah satu pemandangan yang sempat dirakam. entah apalah namanya gua ini. |
kalau tak silap namanya pulai lima. |
Akhirnya sampailah kami di Pantai Beras Basah. kami memilih tempat di hujung pantai. Konon nak privasilah tu. baru saja nak menikmati bekalan yang dibawa, 'kawan-kawan' tak diundang menghampiri nak tumpang sekaki tanpa dipelawa pun |
Bagi yang pandai berenang, bolehlah terjun ke dalam air tasik yang terbuka ini. |
Aktiviti riadah yang disediakan si sini. Dengan baju yang masih lagi basah, kami naik pula yang ni. Bayarannya RM30 satu bot. Ia boleh bergerak sendiri menggunakan kuasa solar, cuma perlu kawal dengan stering kecil. nak kayuh pun boleh, tapi taklah begitu laju. |
kat tengah tasik ni airnya bersih. Sesiapa yang berhajat mendapat zuriat , bolehlah ambil air tasik ini untuk buat minum. rasanya ada kajian yang menyatakan air ini memang mengandungi bahan penyubur. Walau apapun, ini merupakan satu alternatif. Eh, mamat tu... aku ambil gambar dia, dia ambil gambar aku pula. Ish ishk ish... |
Petang itu, setelah sampai di Pulau Tuba, budak-budak berebut mandi di bilik air. Kedua-dua bilik air rumah adik saya penuh. Sementara menunggu budak-budak selesai mandi, adik ipar saya ajak saya ke Pemandangan Indah Pulau Tuba. katanya di situ boleh ditemui karang yang cantik untuk dibuat hiasan. Dekat ke tanya saya. Dekat saja, katanya. Lalu, dia bawa saya kutip siput dan cari karang di pantai berbatu itu. sayangnya banyak batu karang yang tak dapat ditunjukkan kepada saya kerana air sudah pasang. tak dapatlah kutip batu karang cantik... huhuhu
Ok, kisah percutian ini bersambung, ya. dan sesiapa yang mahu pusing-pusing pulau di Pulau Langkawi dengan kumpulan sendiri atau keluarga sendiri, saya boleh cadangkan bot. Bot ini agak selesa dan tertutup. Jika hujan atau panas, tidak begitu terasa.