HARI KEENAM bercuti
Sudah lima hari di Langkawi. Hari ini kami ke Makam mahsuri.
|
Rumah Budaya. Rumah ini menarik dengan ciri-ciri tradisional hiasannya. |
|
syoknya jika boleh buat ukiran sebegini di rumahku. Hmm berapa ya bajetnya? |
|
Selepas itu kami singgah di pemandangan Indah. Dari situ nampak pemandangan lapangan terbang Kuah. Hari ini tidak nampak kapal terbangpun. Atau kami silap tempat. Bukan lapangan terbangkah? |
|
Rumah Mahsuri kot. hehehe |
Selepas itu, kami ke Pekan Kuah lagi sekali untuk membeli tshirt. Kemudian, kami ke Jati. Maninjau-ninjau di kedai Haji Ismail Group, saya membeli sikit barang dapur yang murah dan ekonomik sahaja. Saya menyimpul cita-cita untuk kembali lagi ke Langkawi apabila ada duit banyak. Pada masa itu, saya mahu beli pinggan mangkuk idaman setiap wanita.
Akhirnya, feripun sampai. Tinggallah Pulau Legenda. perjalanan feri beralun dipukul ombak. Dalam perjalanan, ramai orang menonton cerirta cina lakonan Jacky chan. Tetapi saya dan encik abe lena.
HARI KETUJUH CUTI
Pagi-pagi lagi kami sudah bersiap-siap. Cuti kali ini memang tidak sempat berjalan-jalan ke rumah adik beradik. Sebelum Subuh, kami angkat barang masuk ke dalam kereta. Kalau boleh tak mahu balik ke KL lagi. Namun, apakan daya, encik Abe asyik mendapat panggilan telefon kerja. Tak senang duduklah dia. Perjalanan lancar. Agaknya orang masih belum pulang ke bandar. Alhamdulillah jalan kemudahan diberi TUHAN.