HARI KELIMA
Di LANGKAWI
Hari ini hanya saya sekeluarga yang datang ke Pulau Lang. Kami ingin melawat tempat-tempat yang belum sempat kami lawati dalam kunjungan kali ini.
|
Sekali lagi kami ke Pantai Kok. Tujuannya nak naik kabel car. Tiada rezeki lagi nak naik . Seperti semalam, orang beratur panjang. Kami tidaklah begitu sabar mahu menanti. |
|
Hanya aktiviti memberi makan arnab dapat dibuat di sini. Kami pun malas meneroka aktiviti lain di sini. Dah merajuk la konon. dekat pintu utama masuk keluar, ada kandang arnab. singgahlah sekejap. beli kangkung dan lobak merah nak bagi arnab makan. Wah, untung orang yang bela arnab ni, depa bela arnab, pelancong yang bagi makan. |
|
Kami ke Pantai Datai. Airnya sungguh cantik. Pantainya cetek dan agak tenang kerana likasi geografinya di kawasan teluk. Tempat ini tidak begitu ramai pengunjung seperti di Pantai Cenang. Hotel-hotel di sini juga nampak ekslusif. |
|
kemudian, kami singgah di pantai Eva. Di sini ada orang menjual cendol bawah pokok. Cuaca panas begini memang sedap dapat minum cendol di bawah pokok besar sambil menikmati pemandangan laut yang indah. Ada pelancong arab berpurdah minum air kelapa sambil makan laksa. Ada mat dan minah salleh pakai bikini naik skuter tepi pantai.
Di sini pelancong luar negara lebih ramai daripada pelancong kita |
|
Sebelum kami pulang ke Pulau Tuba, kami mengambil kesempatan membeli buah tangan Langkawi di pekan Kuah. |
Esok adalah hari terakhir kami di Pulau Langkawi. Tiket feri sudah ditempah.