Saya sedang berusaha untuk mengadakan sauna ini di salun rawatan saya. |
LEBIH sebulan yang lalu, saya menyertai satu kumpulan earobik berbayar. tujuannnya ialah mahu mengeluarkan peluh dan beraktiviti untuk meransang kecergasan fizikal bagi membantu kekuatan jantung.
Selama lebih kurang sejam kami menari. Hairan, badan saya tidak banyak berpeluh berbanding kawan-kawan saya. Saya pulang ke rumah dari sekolah sejauh lebih kurang 15 KM dan bayar tol, kemudian kembali semula ke kawasan yang sama dalam jam 8.30 malam untuk beraktiviti. Sebaik sahaja selesai sesi sejam itu, masing-masing sudah kelelahan, berpeluh dan mengeluh. Saya? Saya tidak berpuas hati, tubuh saya kurang mengeluarkan peluh. Mengapa ya? Sihatkah saya?
Saya mencari sebab. Saya layari internet sejak beberapa hari lalu untuk menyiasat sebabnya. Akhirnya, saya dapat jawapan. Sebabnya, tubuh saya bermetabolisma rendah.
Apa masalahnya metabolisma rendah?
ok, saya dedahkan apa yang saya faham. Jika metabolisma rendah, ia mengundang bahaya kepada sistem tubuh. toksin dalam tubuh tidak dapat dikeluarkan melalui peluh. bahaya kalau toksin tersimpan di dalam tubuh. Ini yang menyebabkan darah menjadi pekat dan penyakit-penyakit seperti darah tinggi akan menyusul. Apabila kita ada darah tinggi, ia mengganggu fungsi buah pinggang dan menyebabkan masalah lain pula iaitu jantung, kencing manis.
Saya sudah ada yang ini. Saya beli agak mahal kerana ada 'heater'. (heater tu saja harganya RM350 belum masuk kos hantaran) |
Aktiviti bersauna dapat membantu mengeluarkan peluh. Saya memilih sauna FIR kerana kita tidak terlalu kepanasan (dan lecur hehehehe). 3 ke 4 tahun lepas, saya rajin bersauna. saya bersauna hampir setiap hari. Saya bekerja, saya belajar, saya surirumah, saya ibu dan saya isteri. Jarang-jarang berlaku saya sakit kepala. Gejala sakit kepala terjadi berkemungkinan kita stress atau ada masalah darah tinggi. ramai kawan yang sama belajar di masa itu mengadu sakit kepala darah naik. Saya masih boleh mengekalkan kesihatan. Ya, saya terasa sangat sihat. Tubuh saya mudah berpeluh dan saya kuat minum air.
Semenjak berpindah ke tempat baru ini, hanya beberapa kali saya melakukan sauna. Saya mendapat darah tinggi padahal saya tidak begitu banyak tekanan (rasanya dulu lagi banyak). Kini, saya seperti tersedar, saya jadi begitu kerana kadar metabolisma saya rendah. banyak sebab terjadinya kadar metabolisme rendah. di antaranya perubahan hormon dan stress.
Walau apapun sebabnya, saya seperti sudah menemui cara mengatasi masalah saya. Alat sauna yang saya simpan di dalam bilik sudah berhabuk. saya bersihkan. Pagi ini saya bersauna lagi seperti dua hari lepas. Hari pertama saya bersauna dua hari lepas, saya terasa sangat dahaga. saya mula minum banyak. sebelum ini, saya tidak begitu dahaga walaupun cuaca panas. Saya berpeluh. Peluh yang melekit dan menggatalkan tubuh saya. Apabila saya bertanya pada taukeh sauna, saya faham, toksin yang menyebabkan saya gatal-gatal kulit.
Antara manfaat bersauna...
membuang toksin dalam tubuh melalui peluh
meransang aktiviti jantung - jantung berdegup lebih laju
melancarkan perjalanan darah
melegakan resdung dan penyakit berkaitan pernafasan seperti asma
memberi ketenangan diri
mencentikkan kulit
Pagi ini saya bersauna lagi. pasti ia meransang kesegaran tubuh saya.
Jomlah bersauna. Kalau nak beli sauna murah (baik beli yang ada FIR) bolehlah hubungi saya ...