Saya baru sahaja balik dari kursus. Kursus yang berkaitan dengan perniagaan yang ingin saya jalankan. Sepatutnya, saya sudah balik ke kampung sebab sudah buat program. Tetapi nasib baik encik abang tak kisah. Lagipun program bercuti boleh saja tangguhkan, bukan penting manapun.
Minggu depan saya akan bertemu dengan rakan bisnes baru yang akan membekalkan bahan-bahan untuk bisnes saya. Ala bisnes kecil walaupun hati ini besar. Pada 22 hb saya akan berjumpa dengan seorang (bakal jurulatih baru saya) untuk mendapat gambaran mengenai kursus dan latihan untuk saya. Semuanya percuma! tetapi ada pulangan yang saya perlu balas nanti. Bukan dari segi material, tetapi dari segi kejayaan. Lokasinya di Gombak. Saya tahu jem di mana-mana. tetapi, saya tahu hari itu jumaat, masanya agak panjang sebelum saya begegas kembali ke tempat kerja. Semuanya akan dapat saya aturkan dan semudah seperti yang saya rancang. Saya percaya TUHAN telah menunjukkan laluan dan akan memberi kemudahan pada saya kali ini.
Mungkin banyak pengalaman yang telah saya lalui. Pembimbing-pembimbing (MLM) saya yang sentiasa terbuka walaupun saya tidak aktif... tetap masih bersahabat dan bertanya khabar. Memberi sokongan, galakan serta doa. Mengapa mereka masih baik dengan saya? Sebab redha.
tetapi semua orangkah yang redha begitu? Ya, sudah tentulah tidak. Ada juga orang yang dikecewakan sanggup memusuhi, mencari salah, dan pamerkan kat fb (sampai tahap mengutuk, menghina dan ada pula kawan-kawan yang mengapi-apikan tu... macam tak sedar dosa pahala pula ) Kadang-kadang orang saja berilmu tinggi tetapi tak semestinya sikapnya bagus. Orang yang tahap profesor pun sanggup saman menyaman dan bergaduh-gaduh dengan jiran (dalam Islam, kita wajib berbaik-baik dengan jiran yang dianggap waris).
Ya, begitulah.... jika haluan sudah tidak sama, apapun boleh jadi. Ah, jika ada individu begitu, pedulikan! Saya juga TIDAK perlukan mereka seperti itu.
Walaupun saya suka bisnes, saya tetap gembira dengan kerjaya saya. kerenah anak didik kadang-kadang memberi hiburan walaupun memeningkan kepala. Rakan-rakan yang sentiasa menggembirakan. Sebab itu, saya suka bekerja walaupun tempat kerja agak jauh dari kediaman saya. kena bayar tol pula tu.
MALAS BERUSAHA? Tidak berdikari? Kita kena berusaha sendiri. Selama ini, saya berusaha ke arah impian saya sendirian walaupun mendapat restu dan sokongan yang tersayang. Hari ini pun saya memandu sejauh 70km seorang diri untuk impian saya.
BERGANTUNG PADA ORANG LAIN? Hmmm..... Hidup ini saling bergantung, dalam erti kata lain saling perlu memerlukan. Siapa yang suka hidup sendirian tu, memang tak heranlah mengapa dia tidak suka hidup bekerja sama dengan orang (sebab tak mahu diri disusahkan). Jadi, tak perlulah nak kecoh bila kita diminta tolong. Kalau kita bos, kita akan mengharapkan pertolongan pada pekerja. Pekerja pula mengharapkan ganjaran dari bos. Ibu mengharapkan rasa hormat daripada anak, anak mengharapkan kasih sayang ibu. Kita hidup saling bergantungan bukan? Apa nak digusarkan jika kita memberi lebih banyak daripada menerima? Kan itu peluang berbuat pahala.
WALAU apapun, hidup ini kalau disandarkan kepada mencari redha ALLAH, kita tidak akan berasa beban membantu orang, takkan marah dikecewakan, takkan sakit hati dibuang. Satu yang saya nampak, walaupun kita buat sesuatu untuk orang lain, mahu melihatnya berjaya... jika dia tidak dapat ikut kita, percayalah TUHAN yang pegang hatinya. Jika kita harapkan seseorang itu lembut hati dan berubah ke arah kebaikan... itu juga kuasa TUHAN. tak perlulah kita bersusah hati untuk orang lain.
Itu sahaja.
Nak jenguk2 LANGKAWI untuk projek lawatan 3 buah bas. bisneslah tu!