Semua orang mahukan tubuh yang langsing dan cantik. Ada yang sanggup berhabis beribu-ribu. Caranya:
Semua cara di atas perlulah sesuai dengan beberapa keadaan. pertama ; bajet. kedua; kesesuaian pemilik tubuh dengan jenis makanan atau program. kalau pakaian dalam, mungkin akan jadi tidak selesa, jadi malas nak pakai sebab faktor kesibukan. ambil makanan tambahan pula, perlulah sesuai dengan keperluan tubuh. ada kalanya seseorang itu ada penyakit tertentu. kemungkinan juga penyakitnya kronik. ada makanan atau suplement tertentu yang tidak sesuai dengan individu tertentu. Seterusnya dengan menjaga pemakanan. Ini adalah langkah paling penting dilakukan oleh setiap orang. Tidak akan berjaya impiannya untuk sihat dan langsing jika 'membelasah' semua yang sedap-sedap sahaja. makanan yang sedap selalunya memberikan kesan yang tidak 'sedap kepada kesihatan'. Saranan Rasulullah agar makan setelah lapar dan berhenti sebelum kenyang patut diamalkan. Ini adalah kerana makan secara sederhana ikut saranan Nabi Saw akan mendisiplinkan diri untuk hidup sihat secara semula jadi. Bantuan makanan tambahan menjadikan kita bertambah cepat untuk sihat dan langsing. Seterusnya, dengan menelan pil kurus. Pil kurus selalunya ada bahan aktif yang agak bahaya. jadi, kepada pengambilan pil kurus, anda perlulah berhati-hati. Selidik dan kaji dahulu kandungan pil dan perluaskan pengetahuan tentang kesan kandungan pil itu.
- beli pakaian dalam yang membentuk tubuh
- ambil makanan tambahan yang tertentu
- menjaga pemakanan
- telan pil tertentu

Program pengurusan badan yang mana paling bagus?
Tidak ada satupun program pengurusan badan yang paling bagus atau buruk. pokoknya terletak pada bajet anda. Tanyalah apa keperluan anda
Di sini, dalam entri akan datang saya akan kongsikan beberapa program pengurusan badan dimulai dengan diet mudah yang saya aturkan sendiri. Anda mungkin mempunyai cara diet sihat anda sendiri. Ya, teruskan!
Apa yang penting dalam penjagan kesihatan atau program pegurusan badan adalah diet. ambillah program paling hebat sekalipun, jika anda masih 'menghentam dan melanyak' apa sahaja sesedap rasa... apa sahaja program ibarat janji tinggal janji. bukan janji si penjual program... tetapi janji anda mahu sihat dan langsing!
Apabila anda sudah mengikuti program, pastikan ada pemantauan. bagaimana anda tahu program itu berjaya atau tidak kalau tiada ukuran?
Sebelum ambil program, ukur dan catat tahap kesihatan seperti kolestrol, kalori yang diambil dan sebagainya. Sambil-sambil itu, janganlah percaya 100% pada sipenjual program kesihatan ini. sesekali apalah salahnya anda juga membuat semakan kesihatan di klinik atau hospital agar pengesahan dari pakar sebenar diperolehi. Jika laporan kesihatan itu menunjukkan peningkatan kesihatan, program dan penaja program itu bolehlah terus dipercayai. Jika tidak, (pastikan dahulu anda anda juga mengamalkan pemakanan dan cara hidup sihat - jangan harapkan 100% pada program kesihatan dan makanan tambahan si penjual program)... anda bolehlah ucapkan selamat tinggal (selepas 3 bulan tak menunjukkan peningkatan yang baik, blah je)
Ok, nanti saya akan kongsikan program kesihatan untuk menurunkan paras kolestrol dan lemak dalam tubuh. nak kurus, mestilah sihat. Nak sihat mestilah bertindak. nak bertindak, buatlah secara bijak.