Ramai di kalangan masyarakat terkeliru antara MLM dan Money Game atau skim piramid sehingga mereka menyamakan kesemuanya. MLM yang sebenar bukanlah money game atau skim piramid. Tidak dinafikan terdapat syarikat yang menjalankan money game tetapi berselindung di sebalik MLM menyebabkan orang ramai yang ditipu oleh skim piramid dan money game ini menganggap MLM itu sama sahaja dengan money game.
Definasi sistem
Money game bermaksud permainan wang. Ia merupakan satu skim yang berupa pusingan wang para ahli atau anggota yang terlibat dengan mendapat bonus atau komisyen yang dikatakan sebagai untung dari skim tersebut.
Konsep MLM asal, komisen dibayar berdasarkan jumlah jualan produk, bukannya berdasarkan jumlah ahli yang berjaya direkrut.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Malaysia telah mengeluarkan panduan ciri-ciri skim yang diharamkan bagi mengelakkan penipuan dan salah guna dalam sistem bisnes pemasaran rangkaian ini. Antara garis panduan khususnya mengenai ciri-ciri atau perkiraan piramid yang diharamkan itu ialah (1) :
1. Promosi sesuatu skim atau pembayaran bonus atau faedah lain adalah semata-mata atau terutamanya perekrutan atau pengenalan peserta ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai.
2. Bonus dibayar kepada peserta atau mana-mana faedah lain diterima oleh peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai.
3. Bonus dibayar kepada peserta atau mana-mana faedah lain diterima oleh peserta semata-mata atau terutamanya melalui perekrutan atau pengenalan orang lain ke dalam skim, pelan, pengendalian atau proses berantai.
4. Pembelian barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara atau bayaran minimum atau kehendak jualan dikenakan sebagai syarat untuk memenuhi kehendak kelayakan atau kehendak permulaan.
5. Peserta dikehendaki membeli barangan, perkhidmatan atau harta tidak ketara dalam amaun yang tidak munasabah yang melebihi jangkaan untuk dijual semula atau dibeli dalam suatu tempoh masa yang munasabah.
6. Dasar bayar balik bagi barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan.
7. Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim.
8. Tidak membenarkan pengunduran diri oleh peserta daripada skim, pelan, pengendalian atau proses berantai piramid.
HUKUM ASAL PERNIAGAAN MLM
Segala yang ada di atas muka bumi ini sememangnya disediakan oleh Allah untuk kegunaan manusia.
Firman Allah yang bermaksud:
“Dialah (Allah) yang menjadikan untuk kamu segala yang ada di bumi”
Surah al-Baqarah (2): 29
Antara cara yang membolehkan manusia mengambil manfaat dan menggunakan nikmat ini ialah melalui aktiviti perniagaan atau jual beli.
Firman Allah yang bermaksud:
Kemudian setelah selesai sembahyang, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah apa yang kamu hajati dari limpah kurnia Allah, serta ingatlah akan Allah banyak-banyak (dalam segala keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan di akhirat). Al-Jumu‘ah (62): 10
Ustaz Zahiruddin di dalam blognya menyatakan bagi memastikan MLM di Malaysia patuh Syariah syarat- syarat berikut perlu dipenuhi:
1. Produk mesti dibeli dengan tujuan yang sebenarnya (bermanfaat dan dibangunkan dengan serius seperti berkualiti, unik dan lainnya). Produk yang kabur kualiti dan kegunaannya tidaklah dibenarkan kerana ia hanya untuk mengaburi undang-undang dan hukum Shariah.
2. Produk bukan emas dan perak yang dijual beli secara tangguh kerana penjualan barangan emas secara tangguh adalah Riba jenis Nasiah.
3. Komisyen yang diberikan kepada ahli untuk setiap penjual dan ahli bawahannya mestilah jelas. Tiada komisyen tanpa usaha.
4. Keuntungan dan komisyen bukan berdasarkan kepada ahli yang ditaja, tetapi berdasarkan nilai produk yang berjaya di jual.
5. Jika syarikat meletakkan syarat JUALAN MINIMA untuk memperolehi komisyen kumpulan dan sebagainya, ia dibenarkan dengan syarat dibuat atas asas ju’alah. Untuk itu, syarat dan rukun jua’alah mestilah dipastikan sempurna.
6. Konsep niaga dalam Islam tidak membenarkan suatu keuntungan dari sesuatu perniagaan yang diperolehi tanpa usaha. ‘Upline’ mestilah menaruh usaha atas jualan orang bawahannya, seperti mengadakan perjumpaan taklimat, motivasi dan teknik berkempen secara terancang seperti sebuah syarikat.
7. Dasar bayar balik bagi barang-barang, perkhidmatan atau harta tidak ketara yang dibeli oleh peserta atau pengguna tidak disediakan.
8. Plan pemasaran mestilah memberikan hak kepada semua, malah orang bawahan boleh mendapat keuntungan lebih dari orang diatasnya, apabila ia mampu menjual dengan lebih baik.
9. Sistem komisyen dan bonus yang telus dan boleh difahami dan dipantau oleh ahli dengan jelas.
10. Peserta dibenarkan atau digalakkan untuk membeli lebih daripada satu kedudukan atau hak untuk menyertai skim, pengendalian atau proses berantai piramid.
Menjual produk yang mengandungi bahan najis,bahan haram dan syubhah termasuk dalam ertikata menjalankan jenis perniagaan yang diharamkan oleh syarak.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
“Sesungguhnya Allah dan RasulNya telah mengharamkan penjualan arak, bangkai, babi dan patung-patung berhala”(2)
Sesuatu muamalat seperti perniagaan MLM ini selagi mana tidak dimasuki unsur-unsur yang haram maka hukumnya harus sebagaimana asal. Justeru, untuk menilai sesuatu MLM itu menepati syarak atau tidak, maka antara elemen yang menjadi fokus utamanya adalah kaedah perniagaan yang dijalankan itu sendiri. Ini termasuklah produk atau barangan yang dijual, harga yang ditetapkan serta cara perniagaan itu dijalankan.
Perniagaan yang sah menurut syariah ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas iaitu mestilah berasaskan akad yang saling redha meredhai antara penjual dan pembeli, memenuhi rukun-rukun dan syarat-syarat yang ditetapkan oleh syarak ke atas sesuatu urusniaga dan mestilah bebas sepenuhnya dari larangan-larangan syarak.
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) ada menyebut mengenai kriteria produk yang dipasarkan oleh mana-mana syarikat MLM hendaklah terdiri daripada barang dan perkhidmatan yang halal dan bermanfaat menurut perspektif syarak. Selain itu, produk tersebut mesti berkualiti dan selamat digunakan dan dijangka secara wajar, munasabah dan adil bahawa produk yang ditawarkan masih diminati untuk dibeli.
MLM yang benar-benar memperniagakan produk dengan jelas dan nyata. Ianya jelas wujud akad jual beli atau perniagaan dan penjualan produk benar-benar berlaku serta menjadi maksud oleh pihak yang berakad. Keuntungan dari perniagaan tersebut barulah sebahagiannya diambil untuk pembayaran bonus atau komisyen para pengedar. Maka tidak berlakulah gharar sebagaimana dalam sistem money game.
Perletakan syarat-syarat tertentu ke atas muamalah sesama manusia ini adalah harus hukumnya. Ini boleh dilihat di dalam hadis Nabi SAW yang
diriwayatkan dari Anas bin Malik RA, iaitu Maksudnya: Orang-orang Islam terikat dengan syaratsyarat sesama mereka selama ia menepati yang hak.
Meletakkan syarat tertentu untuk mendapatkan bonus dalam MLM adalah diharuskan mengikut syarak kerana dalam MLM sebagaimana yang telah dijelaskan sebelum ini
bahawa pemberian bonus adalah mesti berdasarkan akad al-Ju’alah. Ia bermaksud satu pemberian yang diberikan sebagai imbalan kepada tugas atau peranan tertentu. Justeru, kewujudan syarat bagi akad alJu’alah adalah suatu yang tidak dapat dielak kerana tugas atau peranan yag diminta merupakan syarat untuk melayakkan seseorang mendapatkan hadiah atau perolehan yang dijanjikan.
Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan boleh ikuti di laman E-Fatwa JAKIM. Dinyatakan dalam fatwa tersebut; “Muzakarah telah memutuskan bahawa konsep, struktur dan undang-undang perniagaan Multi Level Marketing (MLM) yang diluluskan Kerajaan adalah harus dan tidak bercanggah dengan konsep perniagaan Islam”
Dalam berhadapan dengan suatu perkara baru atau urusan baru yang bersifat keduniaan, yang harus diteliti ialah ada atau tidak di dalamnya sebarang unsur yang menyalahi prinsip Syarak dan unsur-unsur yang diharamkan? Jika tiada, maka ia dikekalkan atas kedudukan asalnya iaitu harus.
Secara umumnya, perniagaan yang sah menurut Syari’at Islam ialah yang memenuhi prinsip-prinsip asas berikut;
1. Ia berasaskan akad saling meredhai antara penjual dan pembeli
2. Ia memenuhi syarat-syarat yang ditetapkan oleh Syarak ke atas suatu urusan perniagaan atau jual-beli.
3. Ia bebas sepenuhnya dari larangan-larangan Syarak iaitu perkara-perkara yang diharamkannya.
Saling meredhai
Saling meredhai bermaksud pembeli meredhai atau berpuas hati dengan barang atau produk yang diterimanya dan tidak rasa tertipu dan penjual juga meredhai dengan harga jualannya, yakni ia tidak menjual dengan terpaksa. Prinsip saling redha-meredhai ini amat penting dalam urusan perniagaan kerana Allah berfirman (yang bermaksud);
“Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu saling memakan harta sesama kamu dengan jalan yang batil, kecuali dengan jalan perniagaan yang berlaku dengan saling meredhai di antara kamu” (Surah an-Nisa’, ayat 29).
Sekian serba sedikit perkongsian tentang halal dan haram dalam MLM semoga bermanfaat kepada anda semua.
Hubung kakchah untk mendaftar sebagai ahli atau pengedar Forever Living
Klik http://wasap.my/60192830717 atau http://wasap.my/60123540717
ONLINE REGISTER AHLI TERUS KE ALAMAT ANDA KLIK LINK AHLI 15% DISKAUN TANPA MAINTAIN BULANAN UNTUK KEKAL DISKAUN
ONLINE REGISTER AHLI TERUS KE ALAMAT ANDA KLIK LINK AHLI 15% DISKAUN TANPA MAINTAIN BULANAN UNTUK KEKAL DISKAUN
Sumber rujukan
(2)Hadis Riwayat al-Bukhari no 2236. Lihat: Ibn Hajar (1989), Fath al-Bari Syarh Sahih al-Bukhari, jld. 4, Bayrut: Dar al-Kutub al-Ilmiyyah, h. 533