Pengerusi Yayasan Eco World, Tan Sri Lee Lam Thye, berkata bilangan pesakit ini semakin bertambah setiap tahun dan rawatan dialisis sepanjang hayat atau pemindahan organ adalah satu-satunya cara untuk terus hidup.
“Namun dalam masa yang sama saya berharap setiap orang jalani gaya hidup sihat supaya jumlah pesakit ini berkurangan dan tiada masalah kekurangan pusat haemodialisis,” Katanya, pada tahun 2017, dianggarkan bilangan pesakit buah pinggang kronik mencapai 42,503 orang dan setiap tahun kira-kira 7,000 pesakit baharu dicatatkan.
Perangkaan jelas menunjukkan bahawa kekurangan pusat rawatan haemodialisis adalah satu keperluan yang mendesak memandangkan klinik dan hospital kerajaan juga tidak berkemampuan untuk menangani jumlah bilangan pesakit yang terlalu ramai.
Puncanya? Faktor tradisional iaitu diabetes, darah tinggi dan merokok antara yang paling utama menyumbang kepada masalah itu. Namun, perkara paling membimbangkan kini adalah trend pengambilan khasiat tambahan tanpa preskripsi doktor yang boleh mengakibatkan kerosakan organ kumuhan itu.
Menurut Dr Nor Fadhlina Zakaria iaitu pensyarah merangkap Pakar Perunding Nefrologi, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan Universiti Putra Malaysia, meskipun faktor pengambilan khasiat tambahan masih kecil dalam menyumbang kepada kegagalan masalah buah pinggang, ia mempunyai potensi besar pada masa depan dan boleh menjadi antara penyumbang utama jika tidak dikawal.
Sumber rujukan
Berita Harian Online 27 Disember 2018
Harian Metrok 2019