اللَّÙ‡ُÙ…َّ صَÙ„ِّ عَÙ„َÙ‰ Ù…ُØَÙ…َّدٍ Ùˆَ آلِ Ù…ُØَÙ…َّدٍ
Bangsa Quraisy kelihatan begitu geram. Di tempat mereka berkumpul, telah tersebar berita bahawa Baginda Nabi Muhammad SAW telah berjaya meninggalkan Kota Makkah. Mereka juga mencari di rumah-rumah para sahabat Baginda hinggalah mereka mendatangi rumah Abu Bakar As-Siddiq. Lalu keluar puteri Abu Bakar, Asma’. Abu Jahal lantas bertanya “Di manakah bapamu wahai puteri?Asma’ menjawab “aku tidak tahu di mana dia berada sekarang”. Lalu Abu Jahal mengangkat tangannya dan memukul Asma’ sehingga Asma’ tersungkur ke tanah.
Mereka kemudiannya menyiapkan beberapa orang yang pakar mencari jejak untuk mencari jejak dan menunjukkan jalan yang dilalui oleh Baginda. Namun pencarian mereka tidak berhasil. Mereka mengumumkan kepada semua kabilah di Makkah mahupun di luar Kota Makkah bahawa sesiapa yang berjaya membawa Muhammad hidup atau mati, maka orang itu akan dihadiahkan dengan seratus ekor unta yang terbaik.
Kaum Parsi (678 Sm – 651 M): Pembina Empayar Terbesar
Suraqah sebelum Islam
Suraqah bin Malik al-Mudlaji berada dalam satu kumpulan kaum di Kudait yang tidak jauh dari Kota Makkah. Tiba-tiba datang seorang utusan Quraisy, memberitahu tentang hadiah besar yang akan diberikan oleh pembesar Quraisy bagi siapa yang mampu menangkap Muhammad hidup atau mati. Tidak menunjukkan reaksi seolah-olah dia akan merebut ganjaran tersebut.
Suraqah kemudian bangun dan meninggalkan kaumnya yang lain pulang ke rumah dan memberitahu budak suruhannya mempersiapkan kudanya. Beliau kemudian membawa senjatanya serta mengenakan pakaian perang dan pergi untuk mendapatkan Nabi Muhammad s.a.w sebelum diketahui oleh orang lain. Suraqah bin Malik terkenal sebagai penunggang kuda yang ternama memiliki susuk tubuh yang tinggi dan tegap dan juga sangat hebat dalam mencari jejak orang yang hilang. Suraqah menelusuri laluan yang digunakan oleh Rasulullah SAW. Dalam perjalanan, kuda Suraqah telah tersadung dan menyebabkan Suraqah jatuh daripada pelana.
Suraqah perasan akan kelibat Rasulullah SAW dan kedua sahabatnya. Maka segera untuk mengambil busur panahnya, tetapi tubuhnya kaku dan dia tidak mampu bergerak dari tempatny lantas beliau berteriak memanggil mereka.
“Wahai kalian yang berada di sana, tolonglah kalian berdoa kepada tuhan kalian untuk melepaskan kaki kudaku. Aku akan membiarkan kamu pergi”.
Maka berkat doa baginda dan sifat pengasih Allah SWT, maka terlepaslah kaki kuda Suraqah. Ketamakan mula menguasai Suraqah lantas mula menghentak kudanya untuk mengejar Rasulullah SAW sekali lagi tiba-tiba kaki kuda Suraqah terbenam ke tanah bahkan lebih dalam daripada sebelumnya.
Sekali lagi meminta tolong kepada Baginda SAW dan berkata
“Wahai Muhammad, kalian boleh mengambil bekal, barang dan senjataku. Kalian dapat memegang janji-janjiku ini bahawa aku akan menghalang orang lain daripada mengejar kalian di belakangku”.
Maka Rasulullah SAW berkata kepada Suraqah “Kami tidak memerlukan barang dan bekalmu wahai Suraqah. Akan tetapi, suruhlah manusia yang mengejar kami untuk kembali.”
Kemudian, Rasulullah SAW berdoa dan kuda Suraqah dapat terlepas daripada keadaan terbenam itu. Tatkala Suraqah beredar meninggalkan Rasulullah dan sahabatnya, Baginda berseru kepada Suraqah
“Apa pandanganmu wahai Suraqah bila engkau nanti akan mengenakan gelang-gelang Raja Kisra?”
Suraqah bertanya dengan kehairanan “Apakah itu Kisra bin Hurmus yang engkau maksudkan?”
Maka Rasulullah SAW menjawab “Benar, Kisra putera Hurmus dan satu hari nanti akan diberikan gelangnya kepadamu”
Suraqah berkata “Wahai Muhammad, aku yakin bahawa agamamu akan muncul dan urusanmu juga akan hebat. Berjanjilah kepadaku bahawa engkau akan memuliakan aku bila aku datang ke dalam kekuasaanmu. Tuliskanlah janjimu itu kepadaku.”
Baginda meminta Abu Bakir menuliskan janjinya akan jaminan keamanan kepada Suraqah dan janji Suraqah akan diberikan dengan gelang Raja Parsi.
Suraqah kembali ke kampung dengan menelusuri jalan yang sama. Beliau mendapati ramai yang cuba menjejaki Rasulullah SAW dan setiap kali mereka terserempak dengannya, beliau mengatakan “Aku telah mencarinya dari seluruh penjuru bumi. Kalian telah tahu kemampuanku untuk mencari. Aku tidak menemui di manapun jejak Muhammad di arah ini.
Setelah beberapa tahun berlalu Baginda SAW yang dahulunya berhijrah meninggalkan Makkah kerana terusir, kini tiba saatnya Baginda kembali ke Makkah sebagai seorang pemimpin dan penakluk yang dkelilingi oleh para penyokongnya. Para pembesar Quraisy yang dahulunya menghiasi muka bumi dengan kesombongan dan keangkuhan, kini mereka mendatangi Muhammad dengan rasa takut dan penuh harap. Mereka meminta belas kasih dengan Muhammad dan berkata
“Apa yang engkau lakukan terhadap kami?”
Nabi SAW bersabda kepada mereka dengan kelembutan seorang nabi
“Pergilah kerana kalian semua bebas merdeka”.
Pada saat itu datang Suraqah bin Malik bertemu Rasulullah SAW untuk menyatakan keislamannya di hadapan Baginda. Beliau membawa surat perjanjian dengan Rasulullah SAW yang pernah ditulis sepuluh tahun yang lalu. Suraqah kemudian pergi kepada Rasulullah SAW melintasi lautan kaum Ansar dan menyatakan keislamannya kepada Baginda. Selang beberapa bulan selepas pertemuan tersebut Baginda pun wafat dan Suraqah berasa amat sedih.
Pada zaman Khalifah Umar ibn Al-Khatab Al-Farouq R.A ketika kerajaan Parsi dikalahkan oleh tentera Umar. Mereka berjaya mendapat harta rampasan yang begitu banyak. Tatkala harta tersebut diserahkan kepada khalifah, beliau melihat satu persatu harta tersebut.
Khalifah Umar Al-Khattab R.A kemudian memanggil Suraqah bin Malik lalu memakaikan pakaian Raja Kisra serta gelang milik raja Parsi itu. Maka saat itu, menangislah Suraqah kerana terkenangkan akan janji yang telah dibuat oleh Baginda SAW.