As salam semua rakan-rakan
Hari ni bercerita tentang kekayaan dan kesihatan, bila bertanya tentang kekayaan dan kesihatan majoriti orang akan memilih untuk kaya berbanding kesihatan, diantara sebabnya adalah denga kekayaan maka ramai pasti dapat menjaga kesihatan tetapi yang berlaku sebenarnya ada disebaliknya. Disebabkan perkara inilah maka ramai yang berhempas pulas mencari kekayaan sebelum menjaga kesihatan buktinya terdapat banyak peratus statistik penyakit di kalangan manusia yang menghidap pelbagai penyakit disebabkan tidak menjaga kesihatan dan pemakanan seharian.
Tubuh badan dalah amanah Allah kepada manusia agar menjaga dari segi rohani dan jasmani maka apabila kesihatan dijga dengan baik maka kejayaan dan kekayaan dari Allah pasti akan datang keriringan kepada manusia. Apabila kesihatan yang tidak stabil menghampiri maka akam menjejaskan impian untuk mencari kekayaan di dunia lantas segala keharmonian akan terjejas dari masa kesemasa baik diri sendiri mahupun keluarga itu sendiri.
Sebanyak 172,031 kematian direkodkan pada 2018, dengan sejumlah 117,387 daripadanya adalah sebab kematian yang disahkan secara perubatan, manakala 54,644 adalah tidak disahkan secara perubatan.
Kekurangan air dalam badan boleh menyebabkan gangguan serta kerosakan pada sel dan organ badan seperti otak, mata, darah, dan saluran pencernaan. Tanda – tanda tubuh kekurangan air adalah daya konsentrasi seseorang terganggu, moody, mata kering, darah menjadi pekat, tekanan darah rendah, warna urin kuning pekat, penyakit batu karang serta sakit ketika membuang air kecil.
Kekayaan yang dicari kadangkala tidak dapat menampung kebahagian dan kesihatan baik dari segi kesihatan mahupun mental yang sebenarnya bukan itu yang kita cari selama ini di dunia. Uruskan lah kehidupan anda dengan lebih mudah dan tenang bagi memudahkan perjalanan hidup di dunia dan juga di akhirat kelak.
Makan pelbagai makanan sihat adalah kaedah terbaik untuk mendapatkan nutrien yang anda perlukan. Walau bagaimanapun, sebilangan orang tidak mendapat cukup vitamin dan mineral dari diet harian mereka, dan doktor akan mengesyorkan pengambilan makanan tambahan. Makanan tambahan boleh memberi nutrien yang mungkin hilang dari diet harian anda.
Mereka yang berumur 50 tahun dan keatas memerlukan beberapa jenis vitamin bagi mengekalkan kesihatan mereka ke tahap yang baik antatany adalah
Kalsium - Berfungsi dengan lebih baik bersama vitamin D bagi tulang
Vitamin D - Sesetengah orang boleh mendapatkan melalui cahaya matahari tetapi bukan semua mampu lakukan oleh pengambilan supplemen minyak ikan dapt membantu.
Vitamin B6 - Diperlukan bagi pembentukan cel darah merah yang terdapat pada kentang dan pisang juga beberapa lagi
Vitamin B12 - Membantu meyimpan cell darah merah dan saraf tubuh badan, sesetengah orang mempunyai masalah penyerapan yang baik daripada makanan oleh itu mereka memerlukan makanan tambahan.
Berkongsi maklumat kepada semua sanak saudara dan rakan-rakan taulan anda mereka memerlukan ilmu bagi membantu masalah yang dihadapi oleh mereka.
Maklumat lebih lanjut rujuk