Allah berfirma di dalam al-quran mendahulukan kita semua berbuat baik kepada kedua ibu bapa dan seterusnya kepada perkara-perkara yang lain,
Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu sekutukan Dia dengan sesuatu apa jua; dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan jiran tetangga yang dekat, dan jiran tetangga yang jauh, dan rakan sejawat, dan orang musafir yang terlantar, dan juga hamba yang kamu miliki. Sesungguhnya Allah tidak suka kepada orang-orang yang sombong takbur dan membangga-banggakan diri;
(An-Nisaa' 4:36)
Amalan berbuat baik kepada ibu bapa akan memberi manfaat juga akhirnya kepada ana-anaknya maka jagan sesekali ketinggalan menabur bakti dan berbuat kebaikan lantas menggembirakan hati mereka kerana orang-orang tua di kala ini rata-ratanya berumur sekitar 65 - 70 tahun maka masanya tiadak lama untuk anda berbakti ingat selalu bahawa doa ibu dan bapa adalah antara dao yang mustajab.
Allah tidak menunda dalam mengabulkan doa-doa orang tertentu. Orang-orang yang dimaksudkan itu adalah seperti berikut:
1. Doa pemimpin yang adil.
2. Doa orang yang teraniaya.
3. Doa orang tua untuk anaknya.
4. Doa orang yang sedang dalam perjalanan ataupun
musafir.
5. Doa orang yang berpuasa hingga dia berbuka puasa.
Anak-anak perlu menghormati, memuliakan dan melayani ibu bapa dengan sebaik-baiknya. Seorang anak hanya dapat kita katakan anak yang soleh apabila dia taat kepada Allah dan taat kepada ibu dan bapanya.
Ali bin Abu Talib berkata, "Aku mendengar Nabi Muhammad berkata, 'Aku melepaskan diri daripada orang yang tidak memenuhi hak kedua orang tuanya.' Aku bertanya, 'Ya Rasulullah, bagaimana sekiranya dia tidak memiliki apa-apa yang dapat diberikan kepada orang tuanya?' Nabi menjawab, 'Apabila mendengar kata-kata orang tuanya, jawablah, 'Aku dengar dan aku taat.' Jangan kata, 'ah' dan jangan membentak dan mengeluarkan kata-kata yang tidak baik."
Taat kepada orang tua adalah lebih utama daripada berjihad pada jalan Allah. Abdullah bin Umar melaporkan, "Ada seorang pemuda datang menemui Nabi Muhammad dan meminta izin hendak pergi berjihad. Nabi bertanya kepadanya, 'Adakah bapa dan ibumu masih hidup?' Pemuda itu menjawab, 'Ya.' Lalu nabi berkata, 'Berjihadlah demi keselamatan kedua orang tuamu.'"
Abu Hurairah berkata, "Seseorang menemui Nabi Muhammad dan bertanya, 'Ya Rasulullah, siapakah orang yang paling berhak aku patuhi? Nabi menjawab, 'Ibumu.' Orang itu bertanya lagi, 'Selepas itu, siapa pula?' Nabi menjawab, 'Ibumu.' Orang itu terus bertanya, 'Kemudian, siapa lagi?' Buat kali ketiga, nabi menjawab, 'Ibumu.' Orang itu bertanya lagi, 'Kemudian, siapa pula?', Nabi menjawab, 'Bapamu.'" (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim.
Nabi menjawab 'ibumu' hingga tiga kali dan selepas itu barulah nabi menjawab 'bapamu'. Ini menunjukkan tinggi dan mulianya kedudukan ibu berbanding kedudukan bapa.
Terkadang jangan anda menyagkan bahawa doa anda di angkat sedang ibu anda di rumah sentiasa mendoakan anaknya berjaya dan cemerlang selepas ketiadaan ibu terhentilah mustajab doa untuk anaknya.