Usus besar terdiri dari kolon dan rektum yang memainkan peranan penting dalam proses pembuangan najis. 5 hingga 6 kaki pertama usus besar adalah kolon dan rectum adalah 6 inci panjang yang berakhir di dubur. Kanser kolon dan rektum adalah salah satu satu daripada kanser yang kerap berlaku di dunia. Di Malaysia Barat pada tahun 2002, ia merupakan kanser tertinggi di kalangan lelaki dan ketiga di kalangan wanita. Bangsa Cina mencatatkan bilangan tertinggi pesakit kanser kolon dan rektum. Kanser kolon dan rectum biasanya bermula dengan polip (unjuran berbentuk jejari) dan berubah kepada kanser. Pengesanan awal amat penting bagi membolehkan pembuangan polip dengan segera
Penyebab kanser kolon dan rektum tidak diketahui. Faktor mendorong kepada kanser kolon dan rektum
- Usia: lebih 90% kes di Malaysia berlaku pada usia lebih 40 tahun.
- Polip: polip jenis adenoma boleh menyebabkan kanser.
- Penyakit radangan usus : seperti "ulcerative colitis"(luka dan radangan pada usus) dan "Crohn's disease" (radangan pada usus,usus menebal dan luka) membentuk radangan yang berpanjangan.
- Sejarah kanser: wanita yang mendapat kanser ovari, rahim atau payudara berkemungkinan mendapat kanser kolon dan rektum.
- Sejarah keluarga kanser: ahli keluarga mendapat kanser kolon dan rektum, terutama sekali bila kanser didapati pada usia sebelum 60 tahun.
- Pemakanan: makanan tinggi lemak dan kurang serat.
- Merokok: kajian menunjukan perokok lebih ramai mati akibat kanser kolon dan rektum berbanding dengan individu yang tidak merokok.
- Ubat penahan sakit bukan steroid: contoh aspirin boleh kurangkan risiko pembentukan kanser kolon dan rektum hasil dari sesetengah kajian.
- Permakanan dan ubatan: makanan kaya dengan buah-buahan, sayuran dan kurang daging merah mungkin mengurangkan risiko kanser usus dan dubur. Sesetengah kajian mendapati pengambilan ubatan folic acid dan kalcium boleh mengurangkan risiko kanser kolon dan rektum.
- Berat badan dan aktiviti fizikal: individu dengan cara hidup yang tidak aktif dan individu lebih berat badan atau obesiti meningkatkan risiko kanser kolon dan rektum.
Berikut adalah gejala kanser kolon dan rektum. Jika anda mendapat gejala berikut, sila berjumpa doktor untuk pengesahan.
- Abdomen tidak selesa, termasuk kerap kembung, sebu dan kejang.
- Turun berat badan tanpa sebab
- Kerap penat atau letih lesu
- Perubahan habitat pembuangan najis.
- Cirit birit, sembelit atau perasaan usus tidak dapat dikosongkan sepenuhnya.
- Najis berwarna merah atau terlalu gelap dalam najis.
- Najis kelihatan bersaiz kecil atau leper dari biasa.
Rawatan
Rawatan bergantung kepada lokasi tertentu
Rawatan yang kerap dilakukan. sebahagian dari kolon dan rektum yang sihat dan nodus limfa juga akan dibuang. Sebahagian kecil pesakit perlu kolostomi (sebahagian usus dibawa keluar untuk pengeluaran najis) samada sementara atau pun kekal. Kesan sampingan pembedahan adalah rasa sakit, sakit bila disentuh pada kawasan pembedahan, sembelit atau cirit birit tetapi buat sementara waktu sahaja. Individu yang menerima kolostomi mungkin akan alami radangan sekeliling stoma.
Gunakan ubat untuk bunuh sel kanser selepas pembedahan untuk buang sel yang tertinggal. Kesan sampingan - loya, muntah, cirit birit atau rekahan di mulut.
Semakan Akhir | : | 26 April 2012 |
Penulis | : | Dr. Arief Budiman Abdul Aziz |
Penyemak | : | Dr. Fitjerald Henry |
Artikel di rujuk pada http://www.myhealth.gov.my/v2/index.php/kanser-usus-a-dubur