BANGI, 27 Ogos 2012 – Suatu penyelidikan pelbagai aspek mengenai penggunaan perubatan tambahan dan alternatif (CAM) di kalangan pesakit barah payudara yang terselamat menunjukkan majoriti daripada mereka mengambil makanan tambahan berkhasiat ditambah dengan bersolat dan mengambil ubat tradisional Melayu.
116 wanita Melayu pesakit barah payudara yang terselamat berumur antara 21 hingga 67 tahun yang sudah dua tahun melepasi diagnosis dan sedang menjalani rawatan susulan di klinik barah payudara di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Pusat Rawatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM). Ubat tambahan dan kaedah alternatif digunakan oleh pesakit barah payudara yang terselamat itu sebagai satu mekanisme mengukuhkan jatidiri untuk melawan penyakit itu.
Penyelidikan dijalankan oleh Dr Soraya Hanie Shaharudin dan Dr Mohd Razif Shahril, dua pelajar pascasiswazah dan Dr Suhaina Sulaiman, PhD, pensyarah kanan dan pakar pemakanan, semuanya daripada Jabatan Nutrisi dan Pemakanan, PPUKM; Dr Nor Aina Emran, pakarbedah kanan dalam unit payudara dan endokrin HKL dan Profesor Dr Sharifah Noor Akmal Syed Hussain, pakar cytopatologis Jabatan Patologi PPUKM.
Dr Suhaina memberitahu bahawa penyelidikan itu dilakukan untuk mengetahui betapa luasnya penggunaan ubatan tambahan di kalangan pesakit barah payudara yang terselamat di Lembah Klang memandangkan jumlah pesakit yang menggunakan CAM semakin bertambah.
Penggunaan CAM didapati berkesan dan memberi manfaat melawan penyakit dan mereka berpuas hati dengan terapi CAM. Pelbagai bentuk analisis mendedahkan bahawa keputusan untuk menggunakan atau tidak menggunakan CAM tidak bergantung kepada latarbelakang sosiodemografik atau sejarah rawatan klinikal barah,” kata Dr Suhaina dalam laporan mereka bertajuk “Penggunaan Ubat-ubatan Tambahan dan Alternatif di Kalangan Pesakit Barah Payudara yang Terselamat” disiarkan dalam Alternative Therapies, Jan/Feb 2011.
Penyelidikan itu mendapati hampir separuh daripada pengguna CAM mula menggunakannya ketika sedang menjalani rawatan klinikal lagi. Seramai 36 daripada mereka telah menggunakan sekurang-kurangnya satu jenis CAM selama lebih 12 bulan. Belanja paling banyak dikeluarkan oleh pengguna CAM berkisar dari RM100 hingga RM149 sebulan (31.5%).
Jenis ubat tambahan pemakanan adalah Multivitamin, Spirulina, Vitamin C, minyak Evening primros, produk Herba, Kalsium, Agar-agar rumpai laut, Vitamin B komplex, Vitamin E, Vitamin A, Minyak Ikan, Vitamin D, Gingko biloba, Besi, Bawang Putih, Ekstrak Ginseng (Pharmaton), Teh Hijau dan Aloe vera.
Namun, kata Dr Suhaina, kesan kepercayaan agama dan kerohanian dalam mengekalkan kekuatan dalaman manusia sepanjang kehidupan mereka selain membaiki mutu penghidupan memerlukan penyelidikan mendalam.
Apa yang menarik adalah pengguna CAM didapati lebih tidak berpuashati dengan doktor kesihatan mereka dan amat takut penyakit itu berulangan. Dr Suhaina menerangkan bahawa budaya masyarakat Melayu sememangnya menghendakkan keluarga memberikan sokongan kuat sebagaimana masyarakat sekeliling juga akan memberi pertolongan kepada seseorang dilanda musibah. Lantas pengaruh ahli keluarga dalam soal kesihatan amat kuat.
Ciri budaya ini disokong oleh semangat persaudaraan yang kukuh dalam keluarga sebagaimana ditekankan Islam. Islam juga menetapkan bahawa ahli keluarga dan saudara sesama Islam mempunyai tanggungjawab untuk menjaga ahli keluarga khususnya yang ditimpa penyakit, berdoa untuk mereka dan membantu mereka dari segi kewangan.
PENGEDAR ZON TIMUR,SELATAN DAN SARAWAK
KAKCHAH memerlukan pengedar di seluruh zon Malaysia barat dan timur, untuk tersenarai laman pengedar kakchah sila whatsapp/call, kakchah akan bimbing anda dan tips dan trick menjadi Forever Business Owner
Sumber di rujuk daripada http://www.ukm.my/news/index.php/