Kita diwajibkan menjaga kesihatan tubuh badan agar sentiasa sihat kerana ia adalah amanah daripada ALLAH S.W.T.....
Makanan yang tidak boleh dicampur dalam satu hidangan:-
1. Susu dengan ikan
2. Cuka dengan susu
3. Buah-buahan dengan susu
4. Daun salad dengan ikan
5. Bawang putih dengan bawang merah (jika dicampur boleh menyebabkan lumpuh, bawang besar jika dimakan selama 40 hari berturut-turut boleh menyebabkan bintik hitam di muka)
6. Daging segar dengan daging kering
7. Benda masam dengan benda berasid seperti cuka
8. Cuka dengan nasi
9. Buah delima dengan serunding
10. Telur dengan ikan.
**Semua ini jika diamalkan boleh menyebabkan penyakit Lumpuh dan stroke.
**Tidur seketika (10-15min) sebelum zohor boleh mengembalikan tenaga.
Sabda Rasullulah S.A.W. : "Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.. Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutnya dalam perkara-perkara kecil"
1- MADU
Hadith Nabi Muhammad S.A.W (Riwayat Bukhari dan Muslim) :
Mengenai kisah seorang lelaki yang datang menemui Rasulullah mengadu tentang saudaranya yang sakit perut. Nabi Muhammad S.A.W bersabda, dia hendaklah diberi minum madu. Namun, lelaki tersebut datang semula mengatakan penyakit saudaranya tidak juga sembuh. Nabi Muhammad s.a.w menyuruh saudara pemuda itu terus minum madu sehingga tiga kali.
Jawab lelaki itu, saudaranya telah minum madu tetapi penyakitnya bertambah, akhirnya Nabi s.a.w berkata "Allah benar dan perut saudaramu itu berbohong". Lalu Rasulullah s.a.w sendiri memberi minum lelaki tersebut dengan madu dan dia akhirnya sembuh.
Hadith Nabi Muhammad S.A.W (Riwayat Bukhari):
Hadis yang kedua disebutkan oleh Ibn Abbas bahawa Rasulullah S.A.W bersabda "ubat terbahagi tiga: minum madu, berbekam dan membakar dengan api. dan umatku dilarang membakar dengan api".
Hadith 3:
Dari Abu Hurairah, dia berkata: Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda: "Barangsiapa yang menjilat madu sebanyak tiga kali pagi pada setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar."
Apa yang lebih penting ialah proses pengekstrakan keseluruhan dilakukan dengan tangan secara tradisional tanpa mesin-mesin moden. Ini adalah penting untuk memastikan madu mampu menjadi suplemen yang terbaik secara semulajadi.
Penggunaan madu ini juga telah dikenali untuk membantu dengan pelbagai masalah saluran penghadaman, penyakit mata, luka-luka pembedahan dan sudah tentu apa-apa bentuk luka terbuka atau dijangkiti kerana madu dikenali untuk meningkatkan sistem imune.
Ia juga mengandungi asid askorbik dan antioksidan yang sangat tinggi. Antioksidan adalah penting untuk melawan dan mencegah kanser daripada membentuk dan merebak di seluruh tubuh manusia.
Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:
"Demi Allah yang aku dalam genggamanNya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk ke perutnya dan sejuta penyakit keluar darinya"
2- DELIMA
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga.
Dalam Surah ar-Rahman, ayat 68 Allah berfiman: "Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah-buahan serta pohon kurma dan delima"
Terdapat banyak kajian dilakukan yang mana membuktikan delima bagus sebagai antioksida, mengelakkan sakit jantung dan mampu menstabilkan tekanan darah.
3-MINYAK ZAITUN
Pokok zaitun ada disebut dalam Al-Quran, dalam surah An-Nur ayat ke-35.
Semenjak 1,400 tahun yang lalu, Nabi Muhammad S.A.W. telah menasihatkan umat Islam agar menggunakan minyak zaitun untuk kesihatan dan penjagaan badan, di mana Baginda S.A.W. sendiri menggunakannya sebagai minyak rambut.
Mengikut kajian, ia dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kanser dan sakit jantung, merupakan sejenis antioksida dan digunakan sebagai produk kecantikan sejak berkurun lamanya. Rawatan yang sangat baik untuk kulit dan rambut, melengah-lengahkan usia tua, dan merawat radang perut.
4-BARLI
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan.
Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yang mengidap demam.
Selain dari itu ia juga dapat mengurangkan kolesterol, melawaskan kencing, membantu sembelit dan mengurangkan risiko kencing manis (tetapi jangan campurkan dengan gula)
5-ANGGUR
Di dalam surah Ar-Rad, ayat 4 Allah berfirman:
"Dan di bumi terdapat bahagian-bahagian yg berdampingan, kebun-kebun anggur, tanam-tanaman, pohon kurma yg bercabang dan yg tidak bercabang; disirami dgn air yg sama, tetapi Kami lebihkan tanaman yg satu dari yg lainnya dalam hal rasanya. Sungguh, pada yang demikian itu terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yg mengerti"
Anggur dikatakan mempunyai pelbagai khasiat, antaranya mengurangkan keradangan, mencegah penyakit nyanyuk, melancarkan perjalanan darah dan membersihkan perut.
Rasulullah sangat gemar anggur - ia membersihkan darah, memberikan tenaga dan kesihatan, menguatkan buah pinggang dan membersihkan usus.