Diet yang tidak sihat dan tekanan gaya hidup tanpa disedari telah membawa kepada tabiat makan berlebihan. Satu kajian yang dijalankan di Singapura menunjukkan bahawa berat badan orang dewasa yang bekerja akan naik secara purata 3kg setiap tahun, dengan alasan kekurangan masa untuk bersenam atau duduk terlalu lama di tempat kerja.
Kaji selidik itu menunjukan bahawa kaum lelaki lebih senang gemuk berbanding wanita. Lelaki juga cenderung untuk mendapat perut buncit apabila mereka semakin tua, kerana sel-sel lemak di lengan dan kaki hilang keupayaan untuk menyimpan lemak, menyebabkan lemak berlebihan berkumpul di abdomen.
Setiap lemak badan adalah berlainan
Risiko kesihatan akan lebih tinggi jika lemak terkumpul di sekitar perut berbanding di punggung dan peha. Lemak abdomen yang tinggi berkait rapat dengan penyakit kencing manis, penyakit kardiovaskular dan kanser kolorektal.
Nisbah pinggang-ke-pinggul
Nisbah pinggang-ke-pinggul, satu ukuran pinggang dengan lilitan pinggul berhubung kait dengan penyakit jantung dan risiko strok. Bagi lelaki, nisbah tersebut perlulah berada pada tahap 1.0 atau kurang.
Tip-tip untuk Perut Buncit
Kurangkan Lemak di sekitar perut Banyak kajian yang menunjukkan bahawa dengan melakukan senaman aerobik dan latihan rintangan akan mengurangkan jumlah lemak dan lemak di bahagian abdomen. Melakukan senaman teras yang mensasarkan pada pengukuhan otot perut juga akan membantu mengurangkan lemak di perut.
Memperbaiki diet
Selain memastikan diet terdiri daripada buah-buahan dan sayur-sayuran, memakan protein juga boleh membantu untuk mengurangkan jumlah lemak badan.


CLEAN 9 DIET DAN SUPLEMENT TERBAIK DUNIA UNUTK ANDA SEKELUARGA