FOREVER BEE HONEY KHASIAT DAN KELEBIHANYA
Di dalam kitab hadis sunan ibnu Majah disebut,
Di dalam kitab hadis sunan ibnu Majah disebut,
Dari Abi Hurairah berkata, bersabda Rasulullah صلى الله عليه وسلم : siapa menjilat/minum madu 3 pagi setiap bulan tidak akan ditimpa bala (penyakit) berat. (yang dimaksudkan minum 3 pagi adalah minum/jilat madu pada waktu pagi untuk 3 hari berturut)
Pendapat ulama terdahulu mentafsirkan bahawa antara sebab-sebab turunnya (asbabun nuzul) Surah An-Nahlu (lebah) adalah untuk manusia berfikir tentang pentingnya peranan madu di dalam membina kehidupan yang sihat, khususnya kepada para muslimin dan muslimat di seluruh dunia. Sesungguhnya, firman Allah itu telah dikuatkan lagi dengan sabda Rasulullah SAW yang berkali-kali menyatakan bahawa madu adalah sangat baik untuk kesihatan, menyembuhkan penyakit, menguatkan ingatan minda dan membawa banyak khasiat lain.
Antaranya, sabda Rasulullah SAW;
- “Barangsiapa minum madu setiap bulan dengan niat melakukan nasihat Al-Quran, maka Allah SWT akan menyembuhkannya dari 77 penyakit.
- “Barangsiapa ingin memiliki hafalan yang kuat hendaklah dia meminum madu.
- “Sebaik-baik minuman ialah madu kerana dia dapat mengkonsentrasikan hati dan menghilangkan dingin yang ada di dalam dada.
- “Allah SWT telah meletakan berkat di dalam madu dan menjadikannya sebagai ubat dari rasa nyeri, dan madu telah didoakan oleh 70 Nabi,”.
Sayyidina Ali Karramallahu Wajhah RA berkata bahawa “madu adalah ubat dari segala penyakit, tiada penyakit di dalamnya, ia dapat menghilangkan lendir dan membersihkan hati”.
Manakala Imam Ja’afar RA pula menjelaskan bahawa selain Al-Quran, madu merupakan ubat paling mujarab untuk menyihatkan badan.
Ilmuwan Islam terkenal, Ibnu Sina, yang rasa terpanggil dengan firman Allah untuk mengkaji kelebihan yang terdapat pada madu menemukan bukti secara saintifik mengenai khasiat yang terdapat di dalam cecair yang dihasilkan dari perut lebah itu.
Dari hasil kajiannya yang kemudiannya menjadi rujukan para sarjana dan pakar orientalis barat mendapati madu mampu menyembuhkan pelbagai penyakit ringan dan berat seperti penyakit jantung, tekanan darah tinggi, demam, melancarkan peredaran darah, menurukan suhu badan dan banyak lagi.
Malah, Ibnu Sina sendiri mengamalkan meminum madu yang dikatakan memberikan padanya umur yang agak panjang dan awet muda sehingga ke akhir hayat.
Kitab Islam terkenal, Tafsir Ibnu Kathir, menyatakan bahawa madu yang berwarna putih, keemasan dan kehitaman sangat sesuai untuk dijadikan santapan harian sama ada dicampur di dalam makanan atau minuman.
Begitulah kebijaksanaan dan rahmat yang diturunkan Allah kepada manusia dan terserahlah kepada hamba-hambaNya untuk memilih sama ada mahu mengikut fitrah yang diberikan kepada mereka atau sebaliknya.
Namun, agak menyedihkan apabila ramai dikalangan kita yang lebih berminat untuk mengambil minuman gas ciptaan barat atau berkafien tinggi meskipun dibuktikan secara saintifik sebagai merbahaya kepada kesihatan manusia.
Fakta Saintifik: Khasiat Madu Lebah
- Madu lebah mengandungi gula asli glukosa dan fraktosa yang mudah dihadam.
- Apabila ia dicampur dengan sedikit air, ia menyerap masuk ke dalam darah dalam masa tujuh minit dan dapat dimanfaatkan sepenuhnya oleh otak.
- Madu lebah juga mengandungi vitamin B1, B2, B3, B5, B6 dan C di samping pelbagai zat logam seperti magnesium, potassium, kalsium, sodium, klorin, belerang dan zat besi.
- Ahli-ahli sains daripada pelbagai negara termasuk Amerika mengesahkan berkenaan khasiat madu lebah di World Apiculture Conference yang diadakan pada 20 hingga 26 September 1993 di China.
- Seorang doktor dari Romania membentangkan pengalamannya menggunakan madu lebah bagi merawat 2094 pesakit-pesakit katarak mata atau cataract dan mendapati 2002 daripada mereka sembuh sepenuhnya.
- Mengikut Dr. Peter Molan, seorang pakar biokimia dari unit Kajian Madu Lebah di Universiti Waikato, New Zealand, di antara kelebihan madu lebah adalah pHnya berada pada tahap yang menghalang pembiakan bakteria.
- Apabila ia dicairkan, salah satu enzim yang terdapat di dalamnya merangsang pengeluaran bahan antibakteria yang dikenali sebagai hydrogen peroxide.
- Kuasa antibakteria yang terdapat dalam madu lebah membolehkannya membunuh sejenis kuman yang berbahaya, iaitu, staphylococcus aureus.
Banyak lagi khasiat yang terdapat dalam madu lebah yang telah terbukti dengan kajian para doktor dan pakar seluruh dunia sehingga ia digelar sebagai minuman dari segala minuman dan ubat dari segala ubat. Di antara khasiat lain bagi madu lebah ialah:
i) digunakan sebagai ubat sakit perut
ii) menghilangkan ketagihan dadah
iii) menghilangkan kahak
iv) memutih dan menguatkan gigi
v) menghilangkan kesan terbakar pada kulit
vi) menguatkan badan, bagi yang berumur
Perihal madu lebah bukan sahaja terdapat dalam Quran dan Hadis, tetapi juga terdapat di dalam Bible.
Manfaatkaalah kelebihan madu lebah yang telah pun di sampikan kepada Nabi kita Nabi Muhammad s.a.w produk yang telah di hasilkan oleh lebah seperti yang di ceritakan di dalam al-quran.
Kita semua umat islam khususnya dan seluruh manusia semestinya perlu mendapatkan khasiat dan kelebihan daripada kehebatan lebah yang diciptakan Allah kepada manusia dengan banyak kelebihan dan ianya adalah terbaik untuk tubuh badan manusia.
Disebabkan ketika zaman moden ini terdapat terlalu banyak makanan yang di proses secara kimia dengan berbagai teknologi juga hasil tanaman dan makanan kesemuanya menggunakan bahan-bahan kimia untuk meningkatkan pengeluaran dan kita sebagai pengguna terdedah kepada bahaya toksin dan bahan kimia yang terdapat di dalam kebanyakan produk kini.
Dengan pengambilan produk asli dan bebas dari bahan pencemaran dan kimia maka salah satu usaha kita untuk meningkatkan tahap kesihatan seperti yang di sarankan oleh Al-quran dan berlandaskan hadith Rasullullah insya allah kita akan sentiasa sihat.
DAPATKAN MADU FOREVER LIVING DAN NIKMATI KHASIAT DAN KELEBIHAN MADU ASLI DARI GURUN SONORAN DAN SPAIN DI DATANGKNA KHAS KEPADA ANDA OLEH FOREVER LIVING PRODUK DENGAN HARGA YANG BERBALOI-BALOI.
WHATSAPP KAMI ATAU KAKCHAH 019 2830717
Pengedar kami di seluruh malaysia
PENGEDAR UTARA DAN ZON TENGAH
PENGEDAR ZON TIMUR,SELATAN DAN SARAWAK
KAKCHAH memerlukan pengedar di seluruh zon Malaysia barat dan timur, untuk tersenarai laman pengedar kakchah sila whatsapp/call, kakchah akan bimbing anda dan tips dan trick menjadi Forever Business Owner