
Antara sayuran yang tinggi kandungan zat dan nutrisinya adalah seperti Asparagus yang mengandungi zat besi ,kalsium , vitamin dan sebagainya. Sayuran ini dapat membantu tubuh badan kita mengatasi masalah kulit dan berbagai lagi termasu jantung, hati ,paru-paru,limpa dan pankeras.
Lain-lain sayuran yang biasa terdapat di pasar-pasar atau kedai-kedai seperti bayam, brokoli, kacang buncis, kucai, salad, pegaga sawi dan saleri. Kesemua sayuran ini mempunyai berbagai-bagai khasiat yang dapat membantu menyokong kesihatan tubuh badan kita. Dalam piramid memakanan manusia sayur-sayuran berada dalam tahap kedua banyak bagi membantu kesihatan tubuh badan dan makanan bijiran seperti nasi, ubi dan roti adalah yang terutama banyak untuk keperluan tubuh badan kita.
KESAN SAYURAN DAN MAKANAN KEPADA TUBUH BADAN
Semua orang di dalam dunia ini mengetahui keperluan makanan dengan vitamin dan nutris harian diperlukan namun kesemua tumbuhan tersebut di tanam dan diusakan secara komesial dan secara besar-besaran denagn menggunakan pelbagai teknologi ketika ini untuk menampung pertambahan permintaan terhadap tanaman. Kebanyakan kebun atau ladang yang luas secara biasa akan menggunakan tanama secara traditional yang biasa di lakukan sebelum ini maka penggunaan racun perosak dan bahan baja kimia di gunakan kepada kesemua tanaman yang ketika ini. Atas sebab-sebab ini berlakunya pencemaran dari bahan kimia terhadap sayuran dan tanaman yang kita makan selama ini. Pecemaran tidak hanya berlaku kepada produk-produk tanam tetapi juga kepada produk ternakan dan sebagainya.
Sabda Rasulullah s. a. w, maksudnya: “Perut manusia itu tempat segala penyakit, manakala pencegahan itu pokok dari segala pengubatan.” (Riwayat ad-Dailami)
Menurut Dr. Abd. Rahim, pencemaran makanan utama terbahagi kepada tiga jenis iaitu, Biologi; bakteria, virus, fungus, kulat dan yis; Fizikal; benda atau bahan asing seperti rambut, cebisan kaca, paku dan lain-lain; Kimia; racun serangga, racun rumpai, bahan pencuci kimia, aditif makanan seperti pengawet yang berlebihan.
Beliau berkata, makan makanan atau meminum minuman yang mengandungi toksin atau racun semula jadi seperti sesetengah jenis kulat, cendawan, makanan laut dan sebagainya merupakan antara beberapa punca utama berlakunya keracunan makanan.
"Gejala yang dialami adalah berbeza bagi setiap orang. Ia bergantung kepada jenis racun atau bakteria, jumlah racun atau bakteria yang termakan, umur dan daya ketahanan tubuh seseorang,'' kata Dr. Abd. Rahim.
Tambahnya, tanda-tanda dan gejala biasanya mulai timbul beberapa jam selepas memakan makanan yang tercemar atau beberapa hari kemudian. Ditanya mengapakah kes-kes keracunan makanan berlaku, beliau berkata, rata-ratanya ia disebabkan oleh sikap pengendali makanan yang tidak mengamalkan kebersihan diri baik ketika menyedia, menghidang mahupun menjual makanan.
AMALAN PEMAKANAN SUNNAH RASULLULLAH
Amalan mengawal tabiat pemakanan selepas jatuh sakit adalah tindakan salah. Kita patut mengawal pemakanan seawal usia remaja, bukan apabila memasuki fasa 40-an.
Tabiat pemakanan yang boleh diteladani ialah mengikut sunah Rasulullah s.a.w.
“... makan dan minumlah, dan janganlah berlebih-lebihan...”
(Surah al-A’raf, ayat 31).
Menjaga dan mengawal perut daripada makan terlalu banyak adalah kaedah pencegahan penyakit yang berkesan. Sebab itu ramai ilmuwan perubatan dan tabib zaman lampau sering bermadah ‘lapar itu ubat’. Mengambil makanan dalam kuantiti banyak adalah amalan buruk kerana ia memberatkan organ dan sistem pencernaan sehingga ia lemah dan tidak mampu mencerna secara teratur dan berkesan.
Rasulullah gemar makanan yang mengandungi unsur manis semula jadi dan madu malah baginda suka mengambil buah-buahan sebagai makanan tambahan. Mengenai madu, Nabi Muhammad s.a.w mempunyai disiplin pengambilan madu yang baik untuk dicontohi, iaitu mengambilnya pada waktu pagi sebelum sarapan. Madu dicampurkan dengan air dingin sebelum diminum. Ini bertujuan mencairkan lendir dan membersihkan sistem pencernaan.
PEMBERSIH SISTEM USUS SECARA SEMULAJADI
Gel lidah buaya memiliki khasiat untuk detok dan membantu pencernaan. Lidah buaya juga dapat mencegah pengumpulan lemak di hati dengan cara metabolisme karbohidrat dan menghapus kandungan logam berat pada tubuh yang terdapat dari makanan. Maka ini menunjukan ianya membantu kesihatan usus melalui tindakbalas gel lidah buaya yang dapat membersihkan perut dan menghilangkan kotoran yang dapat memudahkan pencernaan dan metabolisme. Colon cleansing (pembersihan usus besar) dianggap sebagai pendekatan yang paling populer untuk mengurangi perut kembung dan membuang sampah yang tersimpan dari tubuh.

Usus yang bersih membolehkan lebih banyak nutrien dan zat makanan di serap keseluruh tubuh badan kita. Antara lainnya badan makin bertenaga dan lebih sihat. Dengan spesis yang terbaik dunia dan pengawalan yang ketat daripada badan-badan profesional dunia produk Forever Living kini menjadi pilihan utama di dunia.
PENGEDAR ZON TIMUR,SELATAN DAN SARAWAK
KAKCHAH memerlukan pengedar di seluruh zon Malaysia barat dan timur, untuk tersenarai laman pengedar kakchah sila whatsapp/call, kakchah akan bimbing anda dan tips dan trick menjadi Forever Business Owner
Sumber dari
http://pmr.penerangan.gov.my/index.php/sosial/600-keracunan-makanan.html
http://www.carakhasiatmanfaat.com/artikel/buah-dan-sayuran-yang-mengandung-asam-folat-tinggi.html