Kenapa Donald Trump dan Robert Kiyosaki memilih Pemasaran Rangkaian jika mereka tidak punya apa-apa? Fahami dengan lebih lanjut dan mendalam kenapa perniagaan ini sangat berdaya maju kepada anda.
Jika anda ingin memulakan perniagaan yang mudah, risiko rendah dan pulangannya tinggi.
- Pelaburan rendah – Kebanyakan syarikat Pemasaran Rangkaian hanya mengenakan caj yang nominal untuk anda menjadi ahli/pengedar iaitu kebanyakannya di bawah RM500. Kebanyakan syarikat menawarkan keahlian bersama produk atau perhidmatan.
- Kos stok tidak membebankan – Terdapat banyak syarikat yang menawarkan stok yang tidak membebankan anda. Jangan terperangkap dengan stok yang banyak, mahal dan akhirnya tidak boleh dijual. Ingat – Anda perlu bijak memilih produk, kuantiti dan kualiti produk anda.
- Risiko yang rendah - Bayaran sebagai ahli/pengedar dan kos stok yang rendah ini tidak memberi bebanan yang besar kepada anda untuk memulakan perniagaan jika dibandingkan dengan perniagaan lain, contohnya kedai francais, kedai makan dan lain-lain yang memerlukan modal lebih tinggi. Adakala kos untuk membuka gerai menjual burger sekalipun kosnya lebih tinggi dan lebih berisiko.
- Dapatkan mentor anda - Apabila menyertai sesebuah syarikat pemasaran rangkaian, anda sebenarnya memilih rakan niaga perniagaan. Pilihlah yang boleh anda jadikan tempat bernaung untuk jangka panjang dan yang akan membawa kemajuan kepada perniagaan anda.
- Sebagai kerja sampingan – Adalah lebih baik memulakan perniagaan anda secara sambilan disamping dapat mengekalkan pekerjaan tetap anda sebelum memulakan sepenuh masa?
- Masa fleksibel – Jalankan pada bila-bila masa setiap hari mengikut pilihan anda sendiri tanpa tekanan dan terburu-buru.
- Online dan/atau Offline - Anda boleh melakukan kerja ini secara tradisional iaitu pertemuan ‘face to face’ atau secara ‘online’ menggunakan internet sebagai perantaraan. Anda boleh menggabungkan kedua-dua cara ini atau pilih cara yang anda selesa.
- Tanpa pengalaman atau taraf pendidikan khusus – Seseorang yang berpendidikan rendah juga mampu berjaya sebagai usahawan Pemasaran Rangkaian dengan adanya mentor dan plan yang telah disusun bersama latihan yang kesemua orang mengikutinya. Terdapat juga golongan professional yang memilih untuk melakukan perniagaan ini dan berjaya.
- Bekerja Di mana-mana – Tidak memerlukan pejabat boleh mengendalikan perniagaan ini di rumah, malah di kedai-kedai mamak atau online cafe. Ini akan mengurangkan beban overhead/hutang anda untuk memulakan perniagaan.
- Tidak memerlukan pekerja tambahan – Tanpa perlu bersusah payah mencari atau menbayar upah kepada perkerja untuk menjalankan perniagaan anda kerana mereka yang berada di bawah rangkaian anda akan melakukan sama seperti anda.
- Aliran tunai perniagaan yang stabil – Terdapat pelan imbuhan perniagaan yang membayar anda pada bila-bila masa, secara mingguan, bulanan dan juga bonus perniagaan pada setiap tahun.Jika anda berusaha bersungguh-sungguh serta komited, anda pasti berjaya dalam masa yang singkat.
- Pendapatan perniagaan tanpa had – Perdapatan tanpa had yang anda hanya usahakan sekali tetapi hasilnya dikecapi sepanjang masa. Sesiapa sahaja mampu mendapatkannya, jika mereka “benar-benar” inginkannya.Bergantung kepada pelan pemasaran sesuatu syarikat yang anda ceburi. Pastikan pelan tersebut anda fahami dengan baik untuk benar-benar mampu anda lakukan dengan mudah.
- Tabung persaraan – Pendapatan perniagaan ini boleh mencecah lima, enam angka dan terdapat pelan yang membayar anda sehingga hari-hari tua anda.
- Pembangunan diri - Sistem latihan yang merangkumi pembangunan diri, motivasi dan pelbagai konsep perniagaan menjadi teras latihan yang akan diajar kepada pengedar-pengedar. Ini merupakan salah satu faedah pembangunan diri yang bakal diperolehi yang kebanyakanya adalah percuma dan mungkin mengenakan bayaran yang minimum.
- Hubungan persahabatan – Anda akan mempunyai ikatan persahabatan yang berterusan bersama pengedar lain samada ‘upline’ atau ‘downline’, mempunyai perkaitan kumpulan dan matlamat perniagaan yang sama.
- Masa rehat yang lebih panjang, kerap dan bila-bila sahaja - Perniagaan ini tidak memerlukan masa bertugas yang tetap membolehkan anda merencana percutian anda pada bila-bila masa.
- Boleh diwariskan - Terdapat pelan dalam Pemasaran Rangkaian yang membolehkan anda mewariskan perniagaan ini.
Inginkan sebuah perniagaan mudah dan menguntungkan, Pelan Pemasaran Rangkaian telah menyediakan anda satu platform yang mudah untuk anda mendapatkan kejayaan. Usaha dan komitmen masih tetap menjadi elemen penting untuk memilikinya. Pilihan ditangan anda.
Kami ringkaskan lagi bagaimana ianya dijalankan dan ianya boleh di lakukan oleh semua lapisan. Kesemua syarikat Pemasaran Rangkaian memerlukan seseorang yang telah berumur 18 tahun keatas untuk menyertainya tanpa sebarang latar belakang pendidikan.
Sebagai contoh perniagaan pemasaran rangkaian
- Anda mendaftar sebagai pengedar dan mendapat komisyen dan bonus.
- Pengedar(anda) melantik ahli di bawah rangkaian anda untuk mengembangkan perniagaan.
- Setiap jualan dan pembelian akan memberikan pulangan bonus dan komisyen kepada ahli dan pengedar (anda).
- Bila berkembangnya jaringan rangkaian anda maka akan lebih besarlah bonus dan komisyen anda,
- Ilmu dan mentor anda perluaskan kepada rangkaian perniagaan di bawah anda maka rangkaian anda akan turut menjejaki segala yang anda perturunkan dan ajarkan kepada meraka.
Empunya pasaraya memerlukan banyak cawangan untuk meluaskan perniagaan mereka tetapi mereka memerlukan ramai pekerja yang perlu di bayar gaji di sini berlaku la pekerja yang tidak menjalankan kerja mengikut gaji yang diterima.
Dalam perniagaan pemasaran rangkaian anda berkerja dalam pasukan yang kesemuanya adalah rakan kongsi anda yang masing-masing mempunyai misi dan impian tersendiri, rangkain anda membuat perniagaan anda turut sama mendapat keuntungan yang datangnya dari hasil latihan dan tunjukajar anda kepada mereka yang mana mereka akan terus bergerak selagi mentornya masih di dalam perniagaan tersebut.
PILIHAN DI TANGAN ANDA MAKA ANDA YANG MENENTUKAN KEMANA ANDA SELEPAS INI
HUBUNGI WHATSAPP KAKCHAH 0192830717
SAKSIKAN VIDEO INI
GLOBAL BUSINESS