Dalam al Quran, terakam indah firman Allah yang bermaksud, " Di dalam kedua- duanya (syurga) juga terdapat buah- buahan serta pohon kurma dan delima". [Surah al Rahman ayat 68].
Allah menyebut buah delima (rumman) sebanyak 3 kali di dalam ayatNya untuk menunjukkan betapa hebatnya penciptaan Allah itu dan ia juga disebut sebagai buahan daripada syurga. Mengapa begitu sekali pengiktirafan Allah terhadap buah delima sebagai anugerah kepada makhlukNya di muka bumi? Apakah keistimewaan di sebalik sebiji buah delima?
Menurut Ibn Qayyim Al Jauziyah, buah delima bersifat panas dan lembap, oleh sebab itu ia amat baik untuk menguatkan perut, tekak, dada dan paru- paru kerana ia melegakan batuk. Sepertimana sabda daripada Nabi Muhammad SAW daripada Ali dan Abu Nu'aim yang bermaksud: "Buah delima dan kulitnya dapat menguatkan perut untuk penghadaman". Jus buah delima dapat memberikan zat kepada tubuh badan serta menyegarkan badan dan ia dapat dihadam dengan cepat kerana sifatnya yang ringan dan akan mengeluarkan haba bersama dengan angin di dalam perut.
Digelar ’superfruit’ mengandungi antioksidan yang unggul diterajui oleh asid ellagik yang berupaya melindungi kalenjar prostat, payu dara, organ paru-paru dan jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian menunjukan delima boleh memusnahkan sel kanser payu dara tanpa memudaratkan sel sihat dan menghalang sel kanser payu dara membentuk. Kajian keatas tikus makmal menunjukan juga delima merencat pembentukan kanser paru-paru, melambatkan pertumbuhan kanser prostat.
Dalam kajian yang melibatkan 50 pesakit kanser prostat, pengambilan delima menstabilkan aras PSA.Pengambilan delima boleh menghalang pembentukan plaque daripada melonggok dalam salurdarah arteri, mengurangkan aras LDL atau kolesterol jahat dan meningkatkan aras HDL atau kolesterol baik. Menurunkan tekanan sistolik sehingga 5 peratus ini amat membantu dalam pengawalan penyakit jantung atau sistem kardiovaskular.
Kajian juga menunjukan delima boleh mencegah dan melambatkan penyakit nyayuk atau penyakit Alzheimer. Dalam satu kajian tikus yang dibiak untuk mengalami penyakit Alzheimer telah diberi delima dan didapati plaque amiloid dalam otak tikus itu kurang dan melaksanakan tugas minda lebih cergas berbanding tikus kawalan. Beberapa kajian menunjukan delima boleh mengurangkan pembentukan plaque gigi, mencegah kemerosotan rawan dan menghalang radang sendi.
Buah delima memang terkenal dengan khasiat yang sangat baik untuk tubuh kita antaranya ialah:
Menstabilkan paras Kolestrol
Membantu meningkatkan tahap kolestrol yang baik di samping menurunkan kolestrol yang buruk.
Tahap Antioksidan yang tinggi
Kandungan antioksidan yang tinggi berbanding pesaingnya seperti anggur merah dan teh hijau
Melawan Penyakit Jantung
Kandungan antioksidan dalam jus delima membantu menurunkan lemak pada dinding arteri. Antioksidan membantu membaiki sel yang rosak.
Menguatkan Sistem Pertahanan Badan
Tahap antioksidan yang tinggi dalam Delima akan membantu menguatkan sistem dalam badan dan melawan apa jua penyakit.
Mengurangkan Risiko Penyakit Kencing Manis
jus delima sangat baik untuk pesakit kencing manis dan merendahkan risiko masalah jantung. pesakit kencing manis yang meminum jus delima 3 bulan dapat merendahkan atherosclerosis (atau pengerasan pada arteries).
Menghalang Kemasukkan Virus HIV-1 Mocrobicide
Eksperimen menunjukkan halangan kemasukan HIV-1 ke atas jus delima yang dapat menyerap kanji dalam badan. Virus kompleks yang diikat pada CD4 dan CXCR4/CCR5 dapat menahan serangan virus
Mengelakkan Kanser Kalenjar Prostat
Jus delima dapat mengurangkan perkembangan kanser kalenjar prostat. Kebayakan pesakit berpuas hati dengan keputusan yang diterima
Delima Melawan Kanser Payudara
Universiti Chicago menemukan jus delima yang ditapai dan minyak bijian delima dapat membantu mengelakkan kanser payudara.Winsconsin pula mendapati bahawa jus delima dapat menghalang pembesaran sel kanser kulit.
Merendahkan Tekanan Darah
Antioksidan pada delima mampu untuk mengurangkan pengumpulan sel darah kotor dan secara semulajadinya mengurangkan tekanan darah, faktor kepada pencegahan serangan jantung dan strok.
Menguatkan Kesihatan Gigi
Delima diketahui dapat mengurangkan pembentukan plak pada gigi.
Mencegah Daripada Alzheimer (Nyanyuk)
Pusat Perubatan Universiti Vanderbilt mengenalpasti bahawa sesiapa yang meminum jus delima tiga kali atau lebih setiap minggu dapat menurunkan 76 peratus pertumbuhan tanda penyakit Alzheimer’s
Mengurangkan Batuk dan Asma
Kandungan asid askorbik ( vitamin C ) yang tinggi pada buah ini merupakan ejen anti-radangan
Mengandungi Kepelbagaian Vitamin
mengandungi ‘potassium’ yang tinggi, selain dari mineral-mineral lain seperti fosfor, kalsium, besi, dan sodium, dan vitamin-vitamin A, B1, B2, B3 dan C.
Kami di Forever Living Produk mempunyai berbagai produk makanan sunnah dari Rasullullah yang memberikan khasiat kesihatan untuk semua manusia di dunia. Sepertimana delima yang semua sudah sedia maklum tentang kehebatannya maka dengan gabungan delima dan kehebatan manggis di adunkan dalam satu botol untuk keperluan nutrisi tubuh badan manusia. Dapatkan Pomesteen dari produk Forever Living
Hubungi kami whatsapp/msg/call 0192830717 Abang man