Dah menjadi kebiasaan sebagai seorang manusia mahu melihat hasil sebelum
menyertainya ibarat mahu memetik hasil tanpa ada usaha. dan apabila
sudah ramai yang mulai berjaya dalam MLM semakin ramai yang mula
menceburi bidang ini. Anda sekarang sudah beruntung kerana kesusahan
menjlnkn MLM sudah dilalui oelh perintis2 awl MLM dinegara ini. Anda
boleh bayangkan bgmn mereka memperkenalkan MLM pd ketika itu yag
dianggap ganjil dan pelik.
Maksud pengeluaran disini ialah produk yang berjaya dijual. Sebuah syarikat biasa, mereka perlu mengupah pegawai pemasaran dan
tenaga jualan dan perlu membayar gaji mereka setiap bulan walaupun tiada produk yang berjaya dijual. Dan kita boleh cakap yang
pekerja tersebut hnya menerima gaji buta sahaja.
Adakah ini dianggap
beretika??
Tetapi dlm MLM, syarikat hanya membayar kerana produk benar2
dijual dan bukannya membayar kerana orang masuk kerja walaupun mereka
tidak menghasilkan ape..Jika kita tuan punya syarikat atau boss pastinya kita tidak puashati dengan keadaan begini. Betul kan??
Nabi SAW bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya Allah suka seseorang
daripada kamu apabila melakukan sesuatu kerja, maka dia melakukannya
dengan penuh ketelitian dan dengan sebaik-baiknya". (riwayat
Al-Baihaqi).
Ada beberapa sebab yang boleh menyebabkan rezeki tidak berkat.
Pertama,
kerana ia jelas datang dari sumber pendapatan yang haram seperti
berjudi, rasuah, mencuri, menipu, nombor ekor, pelaburan haram dan
seumpamanya. Namun, ada yang tidak menyedari bahawa secara halus rezeki
itu boleh hilang keberkatan apabila kita yang dibayar upah atau
digajikan untuk melakukan sesuatu pekerjaan, atau memikul sesuatu
tugasan tetapi tidak melakukannya dengan bersungguh-sungguh. Apa yang berlaku ialah pelbagai masalah seperti curi
tulang, datang lewat, malas, kerja tidak mencapai kualiti, melakukan
kerja lain sewaktu dalam masa bekerja, main-main, dengki, irihati dan
seumpamanya.
Mengambil Risiko Berbanding Mengelak Risiko
Risiko tinggi pulangan tinggi adalah pernyataan yang sudah biasa
didengar dalam apa jua kegiatan sekalipun, lebih-lebih lagi dalam dunia
perniagaan dan ekonomi. Anda sudah pasti mahu bertahan lama,
jadi lebih baik sekiranya anda memilih untuk mengambil suatu risiko.
Anda tidak akan dapat belajar banyak jika sentiasa menghindari masalah,
berbanding dengan menghadapi masalah dan menjadikannya suatu proses
pembelajaran.
MLM menjanjikan kebebasan dalam waktu bekerja
Jika anda adalah seseorang yg sgt produktif pastinya anda mahukan apa
yang MLM tawarkan kepada anda. Anda bebas untuk menaikkan gaji anda
sesuka hati (ats usaha sendiri) pada bila2 masa shj yang anda semua
inginkan. selain itu hampir tiada langsung batasan/had kenaikan gaji
anda. segalanya bergantung kepada usaha.
Tapi yang paling penting sekali ialah anda mampu mengendalikan masa
bekerja anda sesuka hati, boleh kerja bila2 masa. Makan gaji, jika anda
bekerja selama 8jam. anda hanya akan dibayar untuk 8jam tersebut shj.
Dlm MLM, jika anda bekerja selama 8jam dan anda melatih downline anda
selama 8jam..anda akn dibayar 16jam dan inilah yang membuatkan MLM sgt
kuat dan menjadi pilihan ramai orang. Sayangnya kebanyakan orang tidak
mengerti bahagian ini.
Anti kemelesetan ekonomi
Pada tahun 1985 hingga penghujung 1986, bila negara Malaysia dilanda kemelesetan ekonomi, syarikat2 MLM masih dan terus membuat duit sedangkan banyak perniagaan lain yang gulung tikar dan ramai pekerjanya hilang pekerjaan. Begitu juga dengan pengedar2 (usahawan MLM), masih meneruskan jualan seperti biasa malah ada yang terus meningkat. Diluar negara pun begitu juga, perniagaan MLM tidak terjejas dgn kemelesetan ekonomi.
Perniagaan MLM kebanyakannya menyediakan produk keperluan harian, walau apa pun keadaan ekonomi, produk tetap diperlukan oleh orang ramai.Begitu juga bila berlaku inflasi, selalunya jumlah jualan meningkat. Bila berlaku inflasi, nilai matawang semakin mengecil, ramai org yang menceburkan diri dlm MLM untuk mencari pendapatan tambahan.
Terdapat banyak kelebihan jika kita menyertai MLM..jika anda kata buat MLM kena tgl kerja lama, tidak ada masa, susah, tak laku, dan macam2 lagi.Anda sudah silap. Kerana sudah terbukti bahawa MLM mampu menangani segalanya.