HARI KEEMPAT
Di LANGKAWI
Hari ini hari kedua adik saya tak buka kedai. Dia pun nak jalan-jalan di samping jadi pemandu pelancong kami sekeluarga. Untung juga ada adik beradik di Pulau Lang ni.
|
bas tu yang boleh menjadi feri apabila masuk ke air di tempat ini. Apabila datang ke Langkawi lain kali, saya mahu merasai pula pengalaman naik bas feri itu. |
|
Dari bawah, pemandangan atas gunung kelihatan begitu menarik. Tetapi kempunan juga kami nak merasa naik kabel car ini. orang yang beratur punyalah ramai. kata petugas yang ada di situ, giliran kami mungkin lagi 3 jam. duh! Lain kali sajalah. Tak sanggup kami nak tunggu. Takut ketinggalan bot terakhir ke Pulau Tuba pulak nanti. |
|
Tak mahu kecewa, kami enjut-enjut kabel titi tu. merasa jugalah gayat berjalan atas titi kabel tu. |
|
kelihatan bot mewah, perahu layar dan bot kecil membawa pelancong pusing-pusing di perairan teluk ini. |
|
Tidak mahu kecewa hari ini, kami ke sini. |
|
dapatlah kami berkenalan dengan ikan-ikan di sini. Itupun tempat ini ada kawasan yang ditutup |
|
Ini adalah kuda laut yang betul-betul hidup. Di Zoo Negara, hanya ada yang awet. |
|
bila sampai kat jeti, jam sudah pukul enam lebeh. botpun sudah tiada. kalau adapun, yang pukul 8 malam. |
|
tunggu sajalah |
|
Hari semakin malap |
|
bertambah gelap |
|
Semakin gelap |
|
kami menikmati pemandangan senja yang indah |
|
Akhirnya dah malam. Pemandangan di jeti Kuah di sebelah jeti kecil tempat kami menunggu terang-benderang. Feri pun sudah hentikan operasi selepas malam berlabuh. |
|
nak memandu bot tak reti. Manalah tuan punya bot ni. bawa lari bot baru tahu. hihihhihi |
Esoknya nak sambung lagi perjalanan. Malam itu kami tidur keletihan. ketegangan urat kaki yang semalam pun belum selesai. Yang penting, bahagia.
ok, ada sambungan lagi ye...