MASA
Satu-satunya pemberian Allah kepada semua makhluk di dunia ni dengan kadar yang sama rata tanpa sedikit pun berkurang. Masa berganti dengan kiraan 24jam sehari yang semua orang akan menikmatinya kerana 24jam maka bertukarnya hari , bulan dan tahun.
Untuk memudakan kita berurusan di dunia maka kita sepatunya menguruskan masa kita dengan bijaksana. Mereka yang bijak menguruskan masa maka akan timbulnya peluang yang sangat berguna dan bayak kepadanya. Kadang-kadang kita tidak perasan masa yang di ambil terlalu lama atau kehilangan masa dengan berbagai masalah yang mugkin tidak dapat di elakan pada sesetengah orang di ketika itu. Apa pun perancangan menggunakan masa adalah jalan terbaik untuk kita gunakan dengan teratur dan lebih bermanfaat baik kepada kita, keluarga dan masyarakat seluruhnya.
TIDUR
Kita memerlukan tidur yang baik dan sihat agar lebih bersemangat untuk melakukan sesuatu hal ianya merupakan permulaan hari anda sehingga kita tidur semula. Menurut kajian tidur yang sihat memerlukan masa 7jam di waktu malam. Terdapat 1 jam lagi masa yang kita peruntukan untuk rehat atau apa saja aktiviti malm sebelum tidur. Bersukan waktu malam bukan cara terbaik untuk mendapatkan badan yang sihat kerana malam Allah ciptakan untuk semua makhluk seperti manusia untuk berehat.
BEKERJA
Seawal pagi kita semua bangkit untuk memulakan kerja-kerja seharian yang Allah sudah ciptakan cahaya siang untuk mencari nafkah dan sebagainya. Kepada mereka yang makan gaji maka 8 jam sehari adalah waktu yang digunakan untuk menjalankan tugas yang telah di amanakan kepada mereka demi untuk mendapatkan pendapatan menampung keluarga.
8 jam berikutnya kita gunakan pula masa untuk mungkin bersosial bersama rakan-rakan atau keluarga maka sudah lengkap 24 jam sehari yang kita gunakan. Di dalam masa-masa tersebut terdapat beberapa masa yang mungkin kita tidak gunakan sebaik mungkin kerana terdapat beberapa jam masa yang kita gunakan untuk berehat semasa bekerja iaitu dari 8 jam masa 1 jam adalah waktu rehat.
Jika kita perincikan masa-masa yang di gunakan mungkin kita semua perasaan ada masa yang kita luangkan dengan pembaziran yang tidak mendatang manfaat kepada kita baik untuk dunia mahupun untuk akhirat.
Mungkin kita boleh berdiskusi tentang masa yang digunakan disini supaya ianya lebih bermamfaat kepada kita dimasa-masa kan datang. Lebihan masa 1jam yang digunakan waktu kerja adalah untuk makan,sarapan, solat
Lebihan 1 jam masa untuk tidur kita gunakan juga untuk solat,makan, dalam perjalanan pergi dan pulang bekerja.
BEREHAT
8 jam seterusnya masa untuk masyarakat dan keluarga 4 jam pertama waktu tersebut untuk urusan dan berehat bersama-sama dan terdapat 2 jam atau mungkin 4 jam lagi masa yang seharusnya digunakan untuk kita sama-sama mengubah perkara-perkara yang tidak bermanfaat agar menjadikan kita berjaya di dunia dan akhirat.
KEMANA DIGUNAKAN
Masa tetap berlalu menginggalkan kita dan akan menghampiri keakhirnya atas ketentuan Allah maka lakukan perkara yang bermnafaat untuk diri sendiri, keluarga, masyarakat dan islam yang semestinya.
Anda boleh fikirkan kemana masa yang sepatutnya kita lakukan moga bermanfaat untuk semua, melakukan perkara yang tidak bermanfaat dan tidak berfaedah melalaikan kita kepada kebanyakan perkara, fikirkan sesuatu supaya kita beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Sekian moga post kali ini dapat memberi inspirasi kepada kita semua untuk mendapat yang terbaik dan moga beroleh kejayaan di dunia dan akhirat.
Bersambung lagi pada post akan datang....bagaimana menggunakan masa dengan terbaik